30 gangster sertai perhimpunan "aman" Hindraf
KUALA LUMPUR: Polis tetap menolak rayuan Hindu Rights Action Force (Hindraf) walaupun kumpulan itu telah membuat rayuan kali kedua untuk meneruskan perhimpunan pukul 9 pagi Sabtu di hadapan Parlimen yang bertujuan membebaskan beberapa ahli kumpulan tersebut yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata rayuan kali kedua yang dikemukakan oleh Hindraf kepadanya semalam ditolak setelah mendapati pertubuhan itu tidak berdaftar dan akan melibatkan 200 orang kanak-kanak dalam perhimpunan itu.
Hindraf membuat permohonan bagi mendapatkan permit pada 11 Feb lepas di Ibu Pejabat Daerah Sentul tetapi permohonan mereka ditolak, dan kemudian membuat rayuan kali kedua di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ini.
"Kita takut keselamatan kanak-kanak tersebut terancam dan kumpulan itu juga menyediakan 30 orang gengster kononnya untuk menjaga keselamatan kanak-kanak terbabit...tapi kita yakin adanya gengster ini akan membawa kepada perlakuan jenayah yang lebih serius," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.
Muhammad Sabtu juga berkata tindakan tegas akan diambil dan kanakkanak yang terlibat dalam perhimpunan itu akan ditahan dan diletakkan dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masayarakat."Perhimpunan ini akan membawa risiko kepada kanak-kanak dan menyalahi Akta Kanak-kanak 2001. Jika berlaku, kanak-kanak itu akan diletak bawah jagaan sementara JKM," katanya.
Beliau berkata polis akan mengambil langkah pencegahan sewajarnya bagi memastikan tiada kekacauan berlaku khasnya di Kuala Lumpur.
"Untuk itu, sesiapa yang didapati terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung boleh ditangkap dan didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana dianggap melanggar undangundang negara," katanya.
Sebagai langkah pencegahan awal, bermula petang Jumaat polis mengadakan sekatan jalan raya di semua tempat sekitar Lembah Klang bagi mengawasi dan mengelak sebarang perkara mencurigakan, sekali gus menjamin keselamatan rakyat.
"Dalam operasi Ops Padam bermula petang Jumaat, sekatan jalan raya akan dilakukan di 12 jalan. Di antaranya Jalan Kuching, Tol Jalan Duta, Jalan Ipoh dan Lebuhraya Besraya dan Federal Highway.
"Kita juga akan memeriksa secara rawak setiap kenderaan dan jika didapati membawa senjata dan alatan berbahaya, mereka akan didakwa dan dikenakan hukuman yang lebih serius dan tegas," katanya. BERNAMA
No2umnO - BERNAMA kekal menjadi BARUA kepada UMNO. Hantar bunga ROS apa masalahnya? Beli ros guna duit sendiri, tambang guna duit sendiri, belanja pun guna duit sendiri. Apa masalah dengan kerajaan. Orang nak beri .... ambil. Bukan isu besar.
Cuma yang bimbang kalau orang luar tengok betapa rakyat terutama kaum india sudah tidak mahu lagi menerima kerajaan. Dan bimbang kalau kumpulan itu berjaya merubah persepsi rakyat kepada kerajaan. Haiyyaaaa..... jangan nak salah kan rakyat atau kanak kanak. Kalau tidak diganggu, tidak lah kecoh. Polis pun tahu, tapi buat buat tak tahu. Sudah lama jadi anjing susah nak berubah jadi kucing. Implikasinya tinggi, kalau pembangkang menang, tak dapat dan rasuah lagi. Hehhhheee... Cakap la terus terang. Berapa mau?
0 comments:
Post a Comment