cikgunurionline
ASSALAMUALAIKUM & Salam Perjuangan..
Syukur…tiada lagi teka-teki dan ramalan yang membayangi kita. Semuanya sudah jelas, terang dan nyata. Tarikh penamaan calon telah ditetapkan pada 24 Februari ini, manakala tarikh pengundian ialah pada 08 Mac 2008. Walaubagaimanapun saya merasa cukup terkilan kerana tabiat menipu PM yang tidak habis-habis. Lain yang dicakap, lain pula yang dibuat. Penipuan ini bukan lah kali pertama, bermula dengan istilah “Berkerjalah bersama-sama saya, jangan berkerja untuk saya”. Hari ini sekali lagi, Abdullah Badawi berbohong kepada rakyat. Sekejap tidak, sekejap bubar, sekejap tidak, sekejap bubar. Kalau PM dah namanya kaki penipu, apa nak diherankan kalau menterinya pun juga penipu.
Sehari dua ini, saya menerima banyak maklumat tentang cerita-cerita negatif yang telah dan akan berlaku sepanjang PRU 12 ini, khasnya dalam keadaan UMNO merasa cukup yakin akan dapat merampas Kelantan. Pastinya mereka akan menggunakan segala bala tentera yang mereka ada untuk menjayakan misi mereka kali ini. Kesungguhan jelas terbayang di dalam setiap kata-kata dan tindakan mereka. Kesanggupan UMNO membiayai kontraktor khas bagi menjalankan kerja-kerja menggantung bendera, sudah cukup jelas melambangkan kesungguhan mereka dalam perang saraf ini.
Namun begitu, apa yang lebih membimbangkan saya ialah penipuan dalam pilihanraya, walaupun kita yakin dengan rakyat yang bersama-sama kita 100%. Penipuan ini telahpun bermula dengan pengumuman tarikh pembubaran parlimen. Saya kira kalau sudah dimulakan dengan menipu, maka mereka akan terus menipu semasa pilihanraya berlangsung, semasa membuang undi ataupun semasa proses pengiraan undi. Saya juga bimbang apabila PM menipu maka tentulah jentera di bawah PM akan lebih berani menipu. Umpama ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul.
Terlintas juga di fikiran, apakah PRU kali ini yang terburuk dalam sejarah setelah 50 tahun merdeka? Kalau ianya betul-betul terjadi, maka malanglah kepada sistem demokrasi yang kita agungkan selama ini. Percayalah, mereka akan menghalalkan apa saja sistem & cara untuk mencapai matlamat. Sistem yang tidak meletakkan dosa & pahala sebagai asas pertimbangan. Sistem yang tidak memberikan peluang yang sama rata kepada semua parti politik yang bertanding.
Apa yang ada kepada kita hanyalah, mengerahkan segala kudrat usaha yang berterusan. Menzahirkan tawakkal yang tinggi kepada Allah, semoga dihancurkan kezaliman & kebatilan yang terancang ini. Kerana kalau diukur dengan material serta fizikal, maka kita yang lemah. Namun ianya, tidak akan melemahkan semangat juang kita.
TAKBIRR..
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
5 hours ago
0 comments:
Post a Comment