Akhbar Denmark siar ulang kartun hina Nabi Muhammad
klpos.com
Oleh Mohamad Mukhreez
KURANG AJAR, dan tidak serik-serik, itulah gambaran sebenar beberapa akhbar Denmark, kemarin, yang menyiar semula karikatur Nabi Muhammad saw yang mencetus rusuhan berdarah di dunia Islam dua tahun dulu.
Tiga akhbar terbesar negara itu serta 17 akhbar lain melakukannya sebagai tanda mempertahan kebebasan bersuara sehari selepas polis mendakwa telah menggagalkan percubaan hendak membunuh kartunis Kurt Westergaard, yang melukis karikatur Nabi Muhammad saw memakai sarban yang bentuknya mirip sebutir bom.
Tindakan itu mencetus kemarahan Iran, yang memanggil duta besar Denmark ke negara itu untuk menyuarakan bantahan rasmi, lapor agensi berita Irna.
Selasa lalu polis Denmark memberkas tiga lelaki, seorang rakyat Denmark keturunan Maghribi dan dua rakyat Tunisia, kerana disyaki hendak membunuh kartunis tersebut.
Lelaki Denmark itu dibebaskan selepas disoal, tetapi dua rakyat Tunisia itu akan dihantar pulang selepas diisytihar sebagai satu ancaman oleh pegawai perisikan Denmark. - AP, AFP.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment