analisismalaysia
Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew pernah mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menyifatkannya sebagai tidak tahu bahawa sudah sampai masa untuk dia berhenti menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kritikan Lee Kuan Yew membuatkan Mahathir melihat muka sendiri di cermin. Akhirnya Mahathir meletakkan jawatan dan digantikan oleh Abdullah. Walaupun Mahathir sendiri yang memilih Abdullah, dalam beberapa kenyataan yang dikeluarkannya, ternyata Abdullah bukanlah pilihannya yang pertama dan dia sendiri tidak senang dengan cara pentadbiran Abdullah. Itulah bukan rahsia lagi.
Mahathir telah mengeluarkan beberapa kritikan keras terhadap Abdullah. Walaupun Mahathir tidak suka kepada Abdullah, Perdana Menteri kelima itu menjadi favourite kepada Singapura. Di negara seberang itu, nama Abdullah dijulang. Dalam permainan ini, Lee Kuan Yew sekali lagi berjaya "menyingkirkan" Mahathir yang cukup kritikal terhadap Singapura dan menggantikannya dengan Perdana Menteri yang cukup akrab dengan negara jiran. Itulah hebatnya Lim Kuan Yew. Dia bukan sahaja berjaya dalam "perundingan" dengan Tuanku Abdul Rahman, malah mampu mengalahkan Mahathir dalam "permainan" ini.
Dato' Seri S Samy Vellu belajar dari peristiwa tersebut. Samy Vellu memang dikenali sebagai seorang yang kasar dan celupar. Dalam banyak hal, dia juga dikenali sebagai seorang yang tegas dan keras kepala. Sejak di zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri, Samy Vellu tahu bagaimana untuk mendapatkan apa yang dihajati daripada pemimpin negara. Apa sahaja yang dia minta, Samy Vellu akan dapat. Adalah satu pembohongan untuk mengatakan Samy Vellu tidak berbuat apa-apa untuk orang India. Adalah juga satu dakyah untuk menuduh Samy Vellu tidak meningkatkan taraf hidup orang India. Pada hari ini, peratusan pencapaian orang India adalah jauh lebih baik berbanding kaum-kaum lain. Kalau tidak yakin, bacalah buku-buku Yayasan Strategik Sosial (YSS). Dan, Samy Vellu harus diberikan pengiktirafan tersebut.
Bagaimanapun, ada orang yang tidak senang hati dengan ketegasan Samy Vellu. Ada juga yang meluat kerana semua cakap Samy Vellu didengari oleh Mahathir (dulu) dan Abdullah (sekarang). Kebanyakan permintaan Samy Vellu dituruti oleh Perdana Menteri. Ini menyebabkan komuniti India mendapat keutamaan dan ia tidak disenangi oleh pemimpin komuniti lain. Komuniti mana dan siapakah pemimpin itu, Analisis Malaysia menyerahkan kepada anda untuk memikirkannya. Sampai masa, Analisis Malaysia akan dedahkan di sini. Untuk sementara waktu, biarlah kita berteka-teki dulu.
Lalu, mereka memutuskan untuk menyingkirkan Samy Vellu. Namun, itu adalah hal yang cukup sukar. Di kalangan pengikut MIC, Samy Vellu dipuja dan dilihat sebagai seorang tokoh penyelamat. Tidak ada orang yang terfikir untuk menentang beliau pada masa ini. Sekiranya ada yang bercita-cita tinggi begitu, kerjaya politiknya akan dimatikan. Lihatlah apa yang berlaku kepada Dato' S Subramaniam dan Tan Sri M.G. Pandithan (Pandithan mendapat anugerah "Tan Sri" atas sokongan Samy Vellu apabila beliau sudah sakit teruk dan "bertaubat" tidak akan melawan Samy Vellu lagi).
Kalau orang dalam MIC tak berani, cari orang di luar MIC yang sanggup menghancurkan Samy Vellu. HINDRAF ditaja bagi memburukkan MIC, dan seterusnya menyingkirkan Samy Vellu. Caranya, beritahu orang India mereka hidup susah di Malaysia (walaupun berjuta-juta orang India hidup melarat di India). Yakinkan orang India bahawa Samy Vellu tidak membuat apa-apa untuk mereka. Wujudkan rasa kurang senang dengan pencapaian orang lain. Buatlah tuduhan apa sahaja yang tidak masuk akal, termasuklah menuduh kerajaan Barisan Nasional melakukan ethnic cleansing (penghapusan etnik). Betul atau salah, itu tak penting. Yang penting, buatkan mereka marah kepada MIC dan Samy Vellu. Itulah strategi yang digunakan dan kemuncak kepada itu adalah tunjuk perasaan di depan Suruhanjaya British di Jalan Ampang. Walaupun pemimpin HINDRAF ditahan dibawah ISA, usaha mereka tidak berhenti setakat itu. Pada 16 Februari 2008, sekumpulan penyokong HINDRAF berarak ke parlimen. Hampir 200, termasuk wanita dan kanak-kanak, ditahan polis.
HINDRAF digunakan untuk mengasak Samy Vellu agar berundur. Bagaimanapun, Samy Vellu bukanlah ahli politik amatur. Dia bukanlah macam "budak" Puteri UMNO dan Pemuda UMNO yang baru beberapa hari masuk politik tetapi sudah terhegeh-hegeh nak jadi wakil rakyat. Pada usia 77 tahun, dia tahu permainan politik. Samy Vellu telah melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Lee Kuan Yew terlibat membuat kenyataan yang menyumbang kepada "penyingkiran" Mahathir dan meletakkan Abdullah sebagai Perdana Menteri. Samy Vellu tidak mahu menjadi mangsa permainan politik yang sama. Dia dapat merasakan ada orang yang mahu menggunakan strategi yang sama untuk menyingkirkannya.
Lantaran itulah maka Samy Vellu secara tegas menyatakan dia akan terus bertanding dalam pilihanraya umum ke 12. Persetankan HINDRAF yang diperalatkan untuk menjatuhkannya. Demi masa depan kaum India, Samy Vellu akan terus berjuang. Demi kaum India jugalah maka Samy Vellu membuat kenyataan yang cukup jelas bahawa sebagai "kepala" MIC, dia akan bertanding. Padanya, Abdullah tidak ada pilihan. Abdullah boleh memilih calon dari UMNO, tetapi jangan campur tangan mengenai siapakah calon dari MIC. Samy Vellu yang akan menentukannya.
Samy Vellu tahu risiko yang dihadapinya. Dia telah melihat di Ijok bagaimana pembangkang bermain politik perkauman dengan meletakkan calon Melayu untuk melawan calon India dari MIC. Samy Vellu tahu, itu jugalah yang akan dilakukan pada pilihanraya umum akan datang. Calon-calon MIC dalam kawasan pengundi majoriti Melayu bukan akan ditentang oleh calon India dari DAP atau PKR, tetapi oleh calon-calon Melayu sama ada dari DAP, PAS atau PKR. Parti-parti pembangkang ini mahu majoriti pengundi Melayu memilih calon dari bangsa sendiri.
Walaupun begitu, Samy Vellu sudah nekad. Dia sanggup mati dalam politik daripada tunduk kepada HINDRAF. Biarlah hayat politiknya singkat, namun dia tidak mahu HINDRAF menentukan bilakah dia akan bersara. Padanya, HINDRAF mesti disingkirkan dan tidak dijadikan alat untuk menafikan pencapaian kaum India di Malaysia. Samy Vellu juga tidak mahu orang di luar parti MIC membuat keputusan bilakah dia patut berhenti menjadi menteri atau Presiden MIC. Dia sendiri akan membuat keputusan itu. Samy Vellu ingin MIC menang besar dalam pilihanraya umum ke 12 ini. Selepas itu, baru dia akan meletakkan jawatan sebagai menteri dan Presiden MIC. Samy Vellu mahu tunjukkan bahawa dia adalah pemimpin kaum India. Bukan HINDRAF. Dan bukan juga orang di luar MIC!
No2umnO - Samy kata dia Sanggup mati. No2umno kata .... bila nak mati?
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment