englishsection
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) Tian Chua dan aktivis reformasi Jalaluddin Abdul Manap (juga dikenali sebagai Pak Amjal) telah ditahan polis jam 4 petang Feb 15 ketika menyerah memorandum kepada pejabat DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih.
Kira-kira sepuluh aktivis dan pemimpin Bersih, termasuk Mohamad Sabu dan Dr Hatta Ramli turut bersama dalam program tersebut. Difahamkan empat trak FRU dan trak water cannon serta lebih kurang 200 orang anggota polis berkawal di Istana Negara ketika itu.
Tian Chua dan Pak Amjal telah dibawa ke IPD Brickfields.Kira-kira pukul 9 malam, polis telah selesai mengambil kenyataan daripada kedua-duanya, tetapi mereka masih tidak dibebaskan.
Mereka yang ditempatkan di bilik tamu tanpa bergari turut dikunjungi oleh Penyelaras NGO hak asasi manusia Suaram Yap Swee Seng dan Penyelaras Media KeADILan Ginie Lim. Pada ketika ini Tian dberitahu oleh Pengawai Penyiasat ASP Hidayat bahawa beliau mendapat arahan supaya menahan beliau di dalam lokap.
"Awak nak tangkap saya atas kesalahan apa. Awak telah mengambil kenyataan dari saya, jadi bebaskan saya," kata Tian.
Hidayat tetap berkeras dan berkata beliau menerima arahan. Apabila Hidayat berkata dia tidak dapat memberi alasan penangkapan, Tian meminta untuk bercakap dengan orang yang memberi arahan tersebut.
Hidayat kemudian masuk ke dalam bilik dan mengarahkan dua pegawai yang tak beruniform untuk menahan Tian, tetapi Tian berkata dia masih mahu bercakap dengan orang yang memberi arahan untuk mendapat alasan penahanan. Kedua-dua pegawai polis itu kemudiannya meninggalkan Tian dan kembali ke pejabat.
Polis bertindak seperti samseng di Balai Brickfields
Mereka datang semula setengah jam kemudian bersama kira-kira lapan orang pegawai polis beruniform dan tujuh orang pegawai polis yang tak beruniform. Kali in mereka datang dengan kasar, aggresif dan gaya seperti ingin menangkap penjanayah. Dua orang dari mereka mula menengking dengan amat kuat dan menolak Yap serta Ginie keluar dari bilik. Mereka kemudian beramai-ramai menarik Tian dengan kasar dan tidak berperikemanusiaan dan menggari tangannya.
Peguam Sivarasa Rasiah yang dihubungi sebelum itu tiba tetapi gagal mendapat apa-apa penjelasan dari pihak polis melainkan diberitahu Tian akan dibawa ke lokap balai polis Jalan Pantai. Kemudian Tian diheret dengan kasar dan dibawa oleh lebih sepuluh anggota polis menuju ke van yang sedang menunggu di halaman. Ginie cuba mengambil gambar aksi-aksi samseng polis ini, tetapi ketika ini Hidayat mengarahkan Ginie ditangkap atas alasan 'menghalang tugas polis'.
Apabila peguam cuba meminta penjelasan, seorang pegawai polis memberitahu bahawa Ginie akan ditahan dilokap Jalan Travers. Ketika berita ini ditulis jam 1 pagi, beliau masih lagi ditahan di Balai Brickfields. Mereka dijangka akan direman pagi esok (16 Feb).
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)
15 Febuari 2008
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
6 hours ago
1 comments:
Tian Chua ni gila ke ape, berapa ratus kali nak kena tangkap. Tapi aku pernah dengar ada motivator kata kalau nak berjaya kena gila-gila sikit. Camne pun aku respek abis sama Tian Chua. Harapnya dia berjaya akhirnya. Berjaya tumbangkan BN!
Post a Comment