Wan Nordin Wan Yaacob
harakahdaily.net
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Hrkh) - Polis telah mengadakan sekatan jalan dibeberapa batang jalan masuk ke Kuala Lumpur sejak malam tadi lagi.
Sekatan diadakan termasuk di hadapan Fakulti Kejuruteraan UPM, dari Tol Sungai Besi menghala ke pusat Bandaraya dan dilaporkan juga dari beberapa batang jalan lain menuju ke Kuala Lumpur.
Penulis yang menaiki bas dari Seremban ke Kuala Lumpur terkejut dengan sekatan yang diadakan di jalan susur keluar dari Tol Sungai Besi ke Kuala Lumpur yang mengakibatkan kesesakan kira-kira 5 kilometer.
Beberapa orang penumpang bas tersebut merungut dan marah kepada pihak polis yang 'mengganggu' perjalanan, sedangkan hari ini adalah hari cuti dan hanya beberapa syarikat swasta sahaja yang membuka perniagaan.
Penulis semalam dihubungi wartawan sebuah akhbar tabloit yang baru yang bertanyakan tentang kemungkinan adanya himpunan aman di kalangan Hindraf di Kuala Lumpur.
Namun penulis tidak mendapat maklumat berhubung himpunan itu.Sampai sahaja di Pasar Seni, keadaan seperti biasa tiada kelibat kelompoh Hindu berkumpul.
Namun semasa menaiki LRT Star menuju ke Titiwangsa, penulis terlihat kira-kira 50 orang di kalangan kaum India berkumpul di kawasan benteng berhampiran Dataran Merdeka.
Namun tiada sebarang tanda himpunan akan diadakan sehingga jam 9 pagi tadi.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment