KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 20, 2008

Ahli Majlis Bandaraya, Bandaran dan Daerah, JKK dan Ketua Kampung Boleh Meletakkan Jawatan.

idhamlim

Semua ahli MCA Selangor yang dilantik sebagai ahli majlis bandar raya, perbandaran dan daerah hari ini sebulat suara meletakkan jawatan masing-masing.Mereka juga meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Belia (JKB) dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini, surat perletakan jawatan kesemua ahli MCA itu diterima hari ini daripada Datuk Ch‘ng Toh Eng.


Senario ini terlebih dahulu ditunjukkan oleh beberapa pemimpin UMNO seperti SU Agung Dato Radzi yang melepaskan jawatan setelah tidak terpilih oleh bossnya sebagai menteri penuh. Begitu juga Khir Toyo yang melepaskan jawatan sebagai pengerusi UMNO dan BN negeri Selangor.

Persoalannya adakah sikap ini akan diikuti oleh semua penjawat-penjawat di MPT termasuk juga JKKK dan Ketua Kampung. Jelas ketua mereka telah berubah. Jika sekiranya mereka rasa tidak aman berada dibawah MB yang baru, wajarlah mereka meletakkan jawatan. Jangan buat berbagai alasan sehingga banyak kerja yang tidak beres. Lebih baik berundur sekiranya rasa tidak mampu lagi.

Tetapi sekiranya rasa mampu dan sedia berkhidmat dengan sebaik mungkin, kita nasihatkan teruskanlah sehingga tempoh jawatan berakhir. Selamat berkhidmat dibawah kerajaaan Barisan Rakyat (BR).

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive