KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 20, 2008

BONGKAR !!! Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk WARGA ASING

RAWANG - Ada yang tidak kena.

Jika sebelum ini ramai menganggap penyediaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah untuk menampung keperluan penduduk berpendapatan rendah, namun tanggapan itu kini mungkin kurang tepat.

Manakan tidak, Pangsapuri Sri Kiambang dekat Taman Tasik Teratai, Serendah yang kononnya dibina untuk golongan berpendapatan rendah rupa-rupanya telah dijadikan 'singgahsana' oleh warga asing.

Tinjauan Kosmo! di kediaman berkenaan mendapati, kebanyakan lot rumah sederhana rendah itu dihuni oleh kaum pendatang seperti dari Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Indonesia sejak lima bulan lalu.

Kosmo! difahamkan, warga asing tersebut mendiami rumah-rumah di situ setelah diuruskan oleh pihak majikan tempat mereka bekerja dengan menjadikannya sebagai asrama yang diselia menerusi pihak pengurusan pangsapuri berkenaan.

Warga asing terbabit juga bekerja di beberapa buah kilang sekitar kawasan tersebut dan berulang-alik kerja dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak kilang.

Tinjauan itu turut mendapati, hampir dua pertiga daripada PPR terbabit dihuni oleh warga pendatang sedangkan tujuan asal pembinaannya ialah untuk kemudahan golongan kurang berkemampuan, orang kurang upaya, pendapatan rendah serta ibu tunggal.

Warga asing berkenaan tinggal di tingkat tiga dan empat di dua buah blok yang terdapat di kawasan itu.

Bilangan penginap itu pula dianggarkan melebihi 300 orang.

Seorang suri rumah yang hanya dikenali sebagai Halimah memberitahu, kawasan pangsapuri itu kini tidak lagi selesa dan selamat seperti dahulu.

Katanya, ia disebabkan kebanjiran pendatang sehingga mengundang kerisauan di kalangan penduduk di situ yang mempunyai anak-anak perempuan kecil.

"Sejak adanya warga asing tinggal di sini, kami yang mempunyai anak-anak perempuan kecil tidak lagi membenarkan mereka bermain di luar rumah kerana bimbang pasal keselamatan.

"Lihat sajalah baru-baru ini, kes kehilangan kanak-kanak makin menjadi-jadi dan kami tidak mahu tragedi seperti itu berlaku di sini," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Hamzah Zakaria, 37, berkata, beliau mempertikaikan pihak pengurusan bangunan itu yang sewenang-wenangnya mengambil warga asing untuk tinggal di situ sedangkan ia merupakan projek perumahan rakyat khusus untuk rakyat Malaysia sahaja.

Menurutnya, sikap pihak pengurusan bangunan itu yang sengaja membenarkan warga asing tinggal di situ telah mengubah kawasan perumahan tersebut bagaikan penempatan warga asing.

"Kawasan ini tidak ubah seperti koloni warga asing kerana jumlah mereka yang tinggal di sini lebih ramai daripada rakyat tempatan," ujarnya.

kosmo

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive