umno desajaya
YAB Dato' Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi
Presiden,
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu,
Tingkat 38, Menara Dato' Onn
50694 Kuala Lumpur
YAB Dato' Seri
PERMOHONAN UNTUK MENJADI SETIAUSAHA AGUNG UMNO SECARA SAMBILAN
Perkara di atas adalah dirujuk.
Ekoran dari tindakan secara tiba-tiba oleh Bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad meletakkan semua jawatannya dalam parti berkuat kuasa serta-merta semalam, maka saya dengan ini menawarkan diri saya untuk mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Agung UMNO secara sambilan.
Untuk memudahkan YAB Dato' Seri membuat keputusan ke atas permohonan saya ini, berikut dinyatakan beberapa kriteria yang boleh YAB Dato' Seri pertimbangkan :

- Saya sanggup mengisi jawatan tersebut secara sukarela tanpa sebarang paksaan atau didalangi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.
- Atas dasar sukarela, saya tidak memerlukan apa-apa peruntukan dari pihak UMNO atau dari YAB Dato' Seri sendiri secara peribadi.
- Saya telah dan sedang memegang jawatan Setiausaha UMNO Cawangan Desa Jaya untuk dua (2) penggal berturut-turut di bawah pimpinan Ketua UMNO terdahulu dan Pemangku Ketua UMNO sekarang.
- Saya tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi mahupun yang nyata untuk kepentingan peribadi saya sendiri.
- Saya tidak mempunyai sebarang kaitan langsung dengan Sdra. Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang penuh dengan kontroversi. Dengan sebab itu, saya tidak dipengaruhi dan terpengaruh dengan beliau.
- Waktu bekerja adalah hanya dari jam 9 malam sehingga 12 malam sahaja.
- Saya juga akan memastikan, sekiranya dilantik, program-program YAB Dato' Seri akan tamat selewat-lewatnya jam 10 malam. Ini untuk mengelakkan YAB Dato' Seri dari mengalami masalah keletihan atau rasa mengantuk keesokan harinya.
- Tidak akan timbul isu saya memohon jawatan ini atas dasar untuk mendapatkan imbuhan kerana ianya adalah atas dasar sukarela dan sambilan sahaja.
- Segala kos yang akan saya keluarkan adalah dari mata pencarian saya sendiri dengan bekerja di sebuah syarikat bumiputera bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, lima hari seminggu.
- Saya juga tidak memerlukan apa-apa jawatan menteri atau kuasa bertaraf menteri untuk menjalankan tugas kesetiausahaan saya.
Dengan ini saya berharap agar YAB Dato' Seri dapat mempertimbangkan permohonan saya ini secepat mungkin untuk memastikan pengurusan UMNO dapat diteruskan dengan lancar.
YAB Dato' Seri boleh meninggalkan jawapan permohonan saya ini di ruangan 'Comments' yang disediakan. Sekian, terima kasih.
BERSATU BERTAMBAH MUTU
Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378
YAB Dato' Seri boleh meninggalkan jawapan permohonan saya ini di ruangan 'Comments' yang disediakan. Sekian, terima kasih.
BERSATU BERTAMBAH MUTU
Suhaimi Bin Abdul Wahab
02920378
2 comments:
TAKBIRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR!
Hai MI(Suhaimi) jadi Tok Siak Masjid lagi baguuhh,dari menyusahkan diri begitu ,setidak tidaknya pahala dapat dunia akhirat selamat.
Post a Comment