KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 20, 2008

Khir Letak Jawatan Pengerusi BN Dan Badan Perhubungan Umno Selangor

SHAH ALAM, 19 Mac (Bernama)-- Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo malam ini mengumumkan keputusan beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor.

"Saya rasa bertanggungjawab dengan prestasi buruk Barisan Nasional Selangor maka dengan rasa penuh tanggungjawab, saya melepaskan jawatan sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor dan pengerusi Barisan Nasional Negeri Selangor," katanya pada sidang akhbar ringkas di sini.

Dr Khir juga memohon maaf di atas prestasi buruk BN Selangor di dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas sehingga menyebabkan negeri itu jatuh ke tangan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP.

Katanya beliau telah berbincang dengan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai keputusannya itu dan menurutnya Perdana Menteri pada dasarnya telah bersetuju untuk melantik Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai pengerusi BN dan Badan Perhubungan Umno Selangor yang baru.

Muhammad yang dilantik sebagai Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar dalam barisan Kabinet baru yang diumumkan Abdullah semalam, juga adalah Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Beliau berkata jawatan-jawatan lain di dalam Badan Perhubungan Umno negeri akan ditentukan oleh pengerusi yang baru.

Dr Khir berkata beliau akan bersama-sama dan memberikan kerjasama kepada pengerusi yang baru bagi menyatupadukan Umno Selangor dan menjayakan misi mengembalikan Selangor ke pangkuan BN.

"Saya buat keputusan ini kerana kalau lambat membuat keputusan akan menimbulkan berbagai-bagai masalah akhirnya kita berpecah di Selangor dalam usaha kita untuk mengambil semula negeri Selangor daripada pihak pembangkang (kerajaan campuran PKR, PAS, DAP)," katanya.

Ditanya sama ada keputusanya itu dibuat secara terburu-buru, beliau berkata:"Tidak terburu-trburu kerana saya lihat prestasi buruk ini telah ada sikap salah menyalah antara satu sama lain.

Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab saya memikul tanggungjawab ini dan melepaskan jawatan pengerusi Badan Perhubungan Umno dan pengerusi BN Negeri." Katanya berkata beliau membuat keputusan itu beberapa hari lepas dan telah turut membincangkannya dengan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak selain Abdullah.

Beliau berkata keputusan itu dibuat tanpa sebarang tekanan dan dengan rasa penuh tanggungjawab kerana beliau mengetuai jentera pilihan raya BN Selangor pada pilihan raya umum lepas.

Keputusan meletakkan kedua-dua jawatan dibuat kerana tidak mahu membebankan lagi Umno Selangor, katanya.

Dr Khir berkata: "Saya akan terus sokong Tan Sri (muhammad) kerana saya akan jadi makmum yang baik dan saya akan bersama-sama rakan yang lain turun ke bawah bagi memastikan Umno dapat berkuasa semula.

Ini bukannya masa untuk kita berpecah tetapi untuk kita bersatu." Muhammad yang turut hadir pada sidang akhbar itu ketika diminta mengulas keputusan Dr Khir itu berkata:"Saya terkejut...saya tidak bersedia untuk bercakap apa-apa untuk media."

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive