KUALA LUMPUR: "Saya dipilih oleh 1.3 juta Wanita Umno, dan menang tanpa bertanding. Kalau saya dilantik, saya pun akan letak jawatan," demikian jawapan yang diberikan Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz mengulas perletakan jawatan bekas setiausaha agung Umno dan Barisan Nasional Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad pada pagi Rabu.
"Saya agak terkejut. Sepatutnya Pak Lah beritahu saya dari awal jangan bertanding. Jika beliau beritahu saya jangan bertanding, saya tahulah saya tidak ada tempat dalam Kabinet dan tidak payahlah saya susah-susah.
"Tetapi beliau tidak beritahu. Saya hanya seorang manusia, jadi bila dia tidak beritahu jangan bertanding, saya tidaklah menjangka saya akan digugurkan," tambahnya pada sidang media yang padat dihadiri oleh wartawan tempatan dan asing di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Rabu.
"Saya tanya kenapa, dia kata dia mahu orang baru, itu sahaja. Saya terima dengan hati terbuka dan saya bersyukur kerana telah dapat memberikan khidmat saya kepada negara selama ini.
"Saya bersedia untuk bersara, jadi apabila dia beritahu saya, saya kata tidak apalah," katanya sambil menambah beliau tidak pula bertanya sama ada wakil Wanita Umno lain akan dipilih menggantikannya kerana itu adalah hak Perdana Menteri.
"Tidak pernah mereka tengok senario ketua mereka tidak ada dalam kabinet. Tengok-tengok Wanita MCA pula dapat, jadi terbaliklah cerita. Wanita MCA ada dalam kabinet tapi Wanita Umno tidaka ada. Saya tidak suka cakap pasal ini kerana ia melibatkan diri saya," katanya.
"Cucu-cucu saya sangat gembira dengan persaraan saya kerana mereka kini mendapat semula nenek mereka," katanya.
Mar 20, 2008
RAFIDAH .... RAFIDAH ......
Labels: Belit Rafidah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
tak payahla nk putar belit lagi topik ni, ni gaya nk bagi org Melayu meletup je. Rafidah pun da ckp nk berbakti kpd Umno. Die tak bodoh la, die da puas jd menteri MITI.
Post a Comment