Stadium Negeri
Kerajaan negeri sebelum ini telah merasmikan Taman Tamadun Islam(TTI) yang belum siap dan membuka kepada orang ramai Lapangan Terbang Sultan Mahmud walaupun masih dalam pembinaan.
Buletin Online meninjau pembinaan Stadium Negeri di Jalan Lapangan Terbang, sebagai respon kepada kenyataan Ketua Eksekutif Sekretariat Sukma, Arpin Draman. (Foto kanan: tiga orang pekerja Myanmar)
Arpin dalam kenyataannya kepada media kelmarin, meyakini bahawa para kontraktor bagi gelanggang utama Sukma, stadium utama, kompleks sukan, kolam renang dan stadium negeri akan dapat menyiapkan kerja-kerja pembinaan menjelang akhir bulan ini.
Berikut adalah catatan wartawan Buletin Online ‘MatStringer’ yang membuat tinjauan petang kelmarin.
Pekerja Geleng Kepala
Apabila diajukan persoalan ‘bolehkah kerja-kerja pembinaan siap menjelang akhir bulan ini’ kepada beberapa pekerja yang sedang bertugas, mereka hanya geleng kepala dan beberapa yang lain hanya tersengih, tidak mahu menjawab.
Salah seorang pekerja disitu memberitahu Buletin Online bahawa pekerja tersebut faham tetapi mereka tidak boleh betutur dengan fasih.
“Mereka bukan pekerja tempatan, pekerja tempatan boleh dibilang dengan jari,
”Encik cuba tengok sendiri, bolehkah disiapkan semua kerja-kerja ni dalam masa dua minggu” jawab pekerja tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan.
Jawapan tersebut mengejutkan Buletin Online kerana selama ini menganggap sekurang-kurangnya jumlah pekerja tempatan sama banyak dengan pekerja asing. (Foto atas: pekerja lanskap dari Pakistan
“Saya pun tak faham, kenapa kontraktor tak mahu ambil orang tempatan,
“pekerja kontrak pembinaan yang berasal dari Myanmar dibayar sekurang-kurangnya RM45 sehari, pekerja lanskap dari Pakistan lebih mahal, RM60 -70 sehari” katanya lagi.
Kontraktor utama pembinaan Stadium Negeri adalah Ahmad Zaki Resources Sdn Bhd, (AZRSB) sebuah syarikat yang sangat dikenali sebagai kroni atau proksi kepada UMNO. Nilai kontrak adalah sebanyak RM 115, 989, 000.00.
(Foto kanan - Lembaga PengarahAZRSB, Dato'Ismail@Mansor Said,berdiri paling kiri, bekas SU Perhubungan UMNO Negeri)
‘Ratus-ratus’ Pekerja Asing
Sekali lagi dakwaan bekas Menteri Besar Terengganu Idris Jusoh tidak benar mengenakan peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh sektor pembinaan untuk rakyat Terengganu.
Buletin Online telah mendedahkan bahawa pekerja asing juga di ambil berkhidmat untuk membina dan menyiapkan Taman Tamadun Islam dan Projek Monsoon Cup serta pembangunan Pulau Duyong.
Untuk mendapatkan kepastian, Buletin Online mendekati sekumpulan pekerja Myanmar dan bertanya mereka, berapa ramai orang Myanmar bekerja dalam pembinaan tersebut.
“Ramai, ratus-ratus…. Tinggal rumah, ‘boss’ sewa, jawab seorang dari mereka.
”Saya RM50, dia RM45 satu hari, saya kepala, pasal tu RM50” kata beliau lagi
(Foto kanan: Auditorium di basement).
“Tempat tarian bogel” ?
Dalam temubual dengan beberapa perkerja lain, kesimpulan yang boleh dibuat adalah tidak mungkin sama sekali pembinaan stadium tertutup itu dapat disiapkan dalam tempoh dua minggu sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Eksekutif Sekretariat Sukma Terengganu.
Namun, kepastian sebenar mesti dibuktikan, sebelum Buletin Online beredar dari tapak tersebut. Walaupun ada ‘jaga’ keselamatan yang menunggu di luar, nampaknya pergerakan keluar masuk ke tapak pembinaan agak longgar.
“Macam-macam ada dalam tu Bang, mewah-mewah pulak tu,
”bukan stadium sukan aja ni, ‘nak buat tempat tarian bogel’ pun boleh!.”
Siapa yang tidak terkejut mendengar salah seorang pekerja yang ditemubual oleh Buletin Online menjawab demikian. Eh…. Biar betul..
”Betul Bang… kalau Abang tak percaya, Abang masuklah, pergi ‘round’ kut-kut bawah tu.” Jawab pekerja tersebut penuh yakin.
Semua Belum Siap
Hampir-hampir sesat juga! Rupa-rupanya stadium yang sedang dibina itu adalah seduan bangunan empat tingkat dan kalau dicampur dengan ‘basement’ menjadi lima.
Di lantai bawah tanah itulah dibina dua buah ‘auditorium’ yang dikatakan oleh ‘adik pekerja tadi’ sebagai ‘kelab tarian bogel’.
Keadaan yang gelap ruang bawah tanah yang di terangi lampu malap menjadikan auditorium itu agak menyeramkan dan munasabah kalau ada orang yang akan mengambil ‘kesempatan’ apabila ia siap kelak.
Kelengkapan ‘auditorium’ tersebut masih dalam perkara-perkara asas sahaja, keperluan audio video belum nampak. Sekiranya ia adalah untuk tayangan, skrin juga belum lagi dilekapkan pada dinding.
Tingkat satu adalah lantai untuk sebarang acara sukan atau apa-apa acara yang akan dilangsungkan kelak, walaupun pemasangan ‘pakeh’ lantai untuk acara telah siap namun belum dibuah penyudahan(finishing).
Di setiap tingkat lain, sub-kontraktor bagi elektrik dan pendingin hawa masih sibuk. Kerusi-kerusi tempat duduk bagi penonton masih banyak lagi yang belum dipasang.
Dilihat dari keadaan keseluruhan komplek stadium tertutup itu, kerja-kerja penyudahan sahaja sudah memakan waktu sebulan untuk disiapkan. Itu tidk termasuk kerja-kerja pengindahan dan lanskap.
“Banyak gak kerja-kerja yang tak betul Bang, kerja tipu” ujar pekerja yang lebih muda usianya itu.
“Tu… tengok batu ‘tiles’ jalan nak masuk ni, sepatutnya bubuh batu dan pasir dibawah, tapi tak letak pun” katanya lagi.
(Foto kanan : kerusi diimpot dari Korea)
Dimana-mana sahaja projek yang dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/BN di negeri Terengganu pasti terdengar penipuan yang dilakukan kerana mengejar laba yang besar.
Begitu jugalah apa yang berlaku keatas pembinaan projek Stadium Negeri yang berharga ratusan juta ringgit!
0 comments:
Post a Comment