KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Mahasiswa tahun dua kursus Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd Arif Misrol baru-baru ini telah dikenakan tindakan buang kolej tanpa melalui sebarang prosiding mahkamah universiti kononnya di atas tuduhan menyebarkan risalah.
"Mejar (B) Housaini daripada pihak keselamatan universiti datang dan memaksa Arif mengaku bahawa dia memiliki risalah itu. Keengganannya mengaku dan mendesak untuk mendapatkan semula dokumen pengenalan dirinya menyebabkan Arif dikasari.
"Beliau kemudiannya telah dibawa ke Unit Tindakan Khas, pejabat keselamatan UKM (Wisma Aman) untuk disoal siasat," demikian menurut satu sumber kepada Harakahdaily.
4 Mac lalu, Pengurus Kolej Pendeta Zaa'ba beserta dengan 3 orang staf dan 2 orang AJK Kebajikan Mahasiswa (Jaksa) Kolej mendatangi Arif di biliknya.
Menurut sumber, pihak-pihak berkenaan bertindak menggeledah biliknya dan merampas 'card holder' kepunyaannya yang mengandungi kad pengenalan, kad matrik dan dokumen pengenalan diri yang lain kerana disyaki memiliki dan mengedarkan risalah haram itu.
Ekoran peristiwa itu, kata sumber berkenaan, satu laporan polis terhadap insiden tumbuk telah dibuat di Balai Polis Kajang pada 5 Mac lalu.
17 Mac lalu, Arif menerima surat penamatan penginapan kolej yang mengarahkan beliau secara serta merta mengosongkan bilik dan memulangkan kunci bilik berkuatkuasa pada hari yang sama. Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan dengan jelas mengenai kesalahan Arif.
"Surat itu juga ditandatangani Pengurus kolej tersebut dan bukannya ditandatangani oleh Pengetua sebagaimana lazimnya," kata sumber.
Tambah sumber, Arif berasa kesal di atas tindakan dan hukuman ke atas dirinya yang dilakukan oleh pihak universiti dan kolej tanpa dinyatakan dengan jelas kesalahan beliau serta tidak diberikan hak untuk membela diri di mahkamah universiti.
"Hal ini serba sedikit mengganggu tumpuannya dalam pengajian, lebih-lebih lagi berita ini ditokoktambah dan disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab kononnya dia akan ditamatkan pengajian dan dibuang dari universiti.
"Arif sebagai Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST), berasa tindakan ini telah memburukkan imej dan reputasinya selaku pimpinan mahasiswa dan persatuan yang dipimpinnya," jelas sumber berkenaan.
Seorang pengamal undang-undang, Zulkhairi Abd Aziz berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, samada Akta Universiti dan Kolej Universiti atau Perlembagaan Persekutuan, ia memberikan hak kepada mana-mana mahasiswa untuk dibicarakan di mahkamah universiti dengan kehadiran Lembaga Disiplin dan Tatatertib.
"Ia juga memberikan hak kepada mahasiswa untuk membela diri dan mendapatkan akses pembelaan termasuklah mendapatkan khidmat peguam sebelum disabitkan ke atas mana-mana kesalahan. Penafian hak untuk dibicarakan kepada pelajar itu adalah perlanggaran kepada prinsip keadilan semulajadi (natural justice), di bawah undang-undang pentadbiran," katanya.
Sementara itu, Arif berkata, pihaknya memohon agar apa-apa tindakan yang mahu diambil hendaklah dilakukan selepas beliau dibicarakan di mahkamah universiti untuk memberi peluang kepadanya membela diri dan memastikan kes ini berjalan mengikut prosedur yang sepatutnya.
Selain itu, tambah sumber, komputer riba kepunyaan rakan sebiliknya, Ammar Khalis Mat Aris, pelajar tahun dua kursus Sains Laut juga dirampas semasa Arif dibawa ke Wisma Aman untuk disoal siasat.
"Rampasan ini berlaku ketika Amar tidak berada di bilik, tanpa sebarang alasan yang kukuh dan kuasa yang sah untuk mengambilnya. Ini secara tidak langsung menyulitkan Amar untuk menjalani pengajian di UKM. Suatu laporan polis di Balai Polis Kajang telah dibuat pada 6 Mac lalu berhubung insiden tersebut," katanya.

Mar 20, 2008
GEMPAR !!! Pelajar UKM dikasari, dibuang kolej, komputer riba dirampas
Labels: Belit BN Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Agaknya laptop pensyarah2 kat ukm yg hilang kata pintu pejabat kena kopak agaknya pengawal keselamatan ni yg curi kot..tu dia ambik student punya pulak,sbb pensyarah dah ganti pintu..nak rampas susah sikit. siapa2 detective pegilah siasat2 pengawal keselamatan ukm yg teruk2 tu..risalah boleh jumpa.. org curi komputer satu kontena pun tak jumpa..tau kerja hadang jalan tapi tak chek pun ,nak masuk angkat tangan je,kalau ada stickerumnolagi lepas siap tabik lagi.student parking kat tempat kakitangan pun tak apa,pensyarah terpaksa berebut parking dgn student,tau nak bodek aje.kalau nak curi barang dari ukm senang je..kan...angkat tangan masuk..curi...angkat tangan..keluar..tak boleh tulis banyak2 geram..nanti terkeluar perkataan tak elok pulak.
Post a Comment