penarikbeca
Tok-tok wakil Umno yang dipujuk menyeberang bagaikan Puteri Gunung Ledang. Terkejut utusan peminangan apabila mereka membuat tuntutan yang sukar diterima. Khabarnya, sebahagian dari mereka tidak mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Barangkali kerana tercium bau yang tidak menyenangkannya itu, untuk kesekian kalinya, DAP cepat-cepat membuat kenyataan bahawa Anwar adalah pilihan parti itu sebagai Perdana Menteri. Pada 16 Mac lalu NST melaporkan berita bertajuk "DAP wants Anwar as alternative PM" . Keesokan harinya sekali lagi akhbar yang sama melaporkan berita bertajuk "Anwar is DAP's pick".
Komen-komen mengenai ulang tayang penegasan DAP itu dapat dibaca dalam posting Susan Loone bertajuk "DAP picks Anwar as alternative PM".
Melihat kepada senario politik yang ada, hampir mustahil permintaan "Puteri Gunung Ledang" itu dapat ditunaikan. Walaupun sejak 1993 lagi saya berharap agar Anwar tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia (dahulu ramai juga yang mempunyai pendirian yang sama. Sekarang, pusing kiri kanan hampir tidak ada lagi termasuk Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu) saya juga melihat laluan Anwar untuk menduduki kerusi idamannya itu bagaikan kian dekat.
Sebab itulah malam tadi apabila secara bergurau kawan-kawan bertanya, "Kalau Anwar jadi PM apa hang nak buat bakaq?", saya menjawab, "tengoklah. Kalau tak ada tempat lagi nak jadi penulis upahan untuk mencari rezqi bagi makan anak-anak aku, aku buatlah kerja apa pun asal halal".
Saya tidak ada kelulusan dan tidak ada kebolehan. Di samping mengekalkan blog ini, untuk mencari sesuap nasi untuk saya dan keluarga, saya yakin banyak kerja kosong sebagai tukang angkat barang-barang di Pasar Borong Selayang. Walaupun setengah abad usia saya Mei ini, saya percaya kudrat saya kuat.
Mohon dijauhkan Allah saya berkerja dengan mana-mana puak yang melawan PAS, selagi ia masih mempertahankan Fasal 5 Perlembagaannya.
Mar 20, 2008
Puteri Gunung Ledang
Labels: Analisa, Penarikbeca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment