KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 20, 2008

ORANG KAYA UMNO SEMAKIN GABRA

Ni lah masanya untuk orang lain cari makan. Kalau dulu, asyik dicantas, sekarang harap harap dah berubah. Tapi perubahan tidak dilakukan 100%, ketua ketua jabatan masih orang yang sama cuma topeng mereka sedikit tukar. Kononnya sokong PKR, sokong PAS. Yang tak pernah pakai kopiah dah mula pakai kopiah. Yang rambut blonde dah mula pakai tudung. Semua tak suruh tapi dah berani. Yang berani kerna ikhlas dan yang berani kerana terpaksa. Maklumlah, takut ketua jabatan bertukar kepada UStaz dan Haji Haji Tulen, maka pakaian kena sempurna.

Wak pun bersemangat sekarang nih. Dalam kepala penuh semangat "Ada peluang nihh" dan terus pergi ke jabatan jabatan kerajaan untuk daftar syarikat. Nak jadi pembekal kononnya. Suruh lah kawan tunggu jabatan jabatan. Tak tau nak isi borang kontraktor, takut silap. Tak pernah buat beb....selalu buat kerja dengan syarikat swasta.

Pagi pagi sudah bertolak. Baca ayat Quran, nak habiskan sampai 1 jus. keluar dari rumah dan semangat penuh di dada, kawan asyik talipun. Semangat sungguh nak tolong kawan nampaknya.

Bila sampai ke sana, kawan pun tanya wak,"Kenapa tak bawa kamera?" Aikkk nak daftar kontraktor pun kena bawa kamera? "Bukan nak lawat tapak? Aku nak jadi supplier jer."

Sambung kawan tu, "Aku nak tunjukkan banyak projek pembaziran...." Pulak dah, aku nak cari makan, dia suruh aku bongkar salahguna kuasa pulak. Tak ke pening tu. Dia ingat aku dapat upah buat blog ke? Tapi tak apa, ok jugak.

"Nanti aku datang lain kali, kau siapkan dokumen, kita bongkar satu persatu. Tapi sekarang aku nak buat pendaftaran dulu." Jawab ku lembut. "Nanti !!!" .... aku nak kenalkan dengan kawan kawan."

Lagi? Sessi apa pulak ni !!!!

Rupa rupanya kakitangan jabatan kerajaan ni satu ofis cerita pasal blog No2umnO. Kini muka aku, diorang dah kenal.....tak ke haru ni. Nak buat macamana. AKu pun layan lah. Diorang punya lah cerita pasal politik, itu dan ini. Suruh dedah itu dan suruh dedah ini. Aku telan air liur....banyaknya rasuah, mesti ramai yang dah kaya gila.

Sembang makan tengahari dan berbual. Hay.....kereta aku parking kat tepi jalan. Tak per ke? "Relax Bro....." Rupa rupanya sejak lepas pilihanraya, tiada tarik kereta atau saman. Semuanya terhenti akibat tukar kerajaan. Kalau macam ni selalu, seronok juga. Tiap tiap hari kita tukar kerajaan.

Ke sana dan kemari sampai lah ke petang. TAk tau berapa banyak pejabat aku dah redah. Kalau dulu nak panjat tangga pun tak ada mood. Sekarang usah kan tangga, lompat tingkap pun aku tak kesah. Masa untuk pulang dan .... jeng jeng jeng.


Orang kaya UMNO berpiket "HARAM" di Shah Alam

Bila aku lalu di depan Dataran Shah Alam, tak nampak pulak ada perhimpunan. Rupa rupanya, baru nak start agaknya. Ada lah dua tiga mangkuk yang ada. Sembang macam mat rempit tunggu awek. Tak der sepanduk dan papan tanda ke?

Tak kesah lah. Biar diorang buat kerja diorang. Kerja kita dah selesai. Dulu kita dah berhimpuan. Sekarang turn diorang. Nasib Baik tak disergah dek polis. Tak macam kita dulu. Kehulu ada FRU, kehilir ada FRU. SB usah cerita lah ... punya la ramai.

Nak gi ke KL pun kena tahan. Orang UMNO nih cukup mewah. Dah la, tidak dilarang, tiada sekatang jalanraya dan tiada tindakan. Mewah memang mewah. Kalau tukar kerajaan pun diorang masih dapat layanan istimewa. Apa nak buat, ramai penguatkuasa sokong kerana selama ini pun mereka turut sekali belasah duit diorang. Kalau dah jadi darah daging, susah lah. Otak dah di control dek UMNO la nampaknya.

Mereka ini dulunya hebat. Letak borang kontrak di MBSA atau mana mana jabatan kerajaan, pasti kontrak dapat. Yang rapat dengan Ahli Majlis, Ahli Najis, YB tu dan YB ni. Sekarang semua YB dah tak der dan Ketua Jabatan bakal tak der juga....maka turun kejalan raya tunjuk protes. Kononnya tentang DEB. Baru sekarang nak cerita tentang DEB? Sebelum ini semua cerita tentang Hong Kong Bank dan RHB.

Itu lah hebat nya UMNO. Pandang jauh kedepan. Duit belum habis dan buat tindakan. Kalau tak buat, lagi parah. Wang dalam bank cukup untuk hidup 6 bulan. Bayar rumah dah RM3,000 kereta RM3,500, belanja dapur dan barang kemas semua sekali kena ada RM20,000. Orang gaji ada 4 orang. Kalau tak der projek di dalam tempoh terdekat ini, parah. Itu hari ada duit, tapi dah habis labur masa pilihanraya. Satu calun kena bagi paling tidak pun RM200,000. Ingatkan pelaburan menjamin masa depan, semuanya dah jahanam. Perhhhhh.....pening beb.



Itu hari minta duit kontrak. Kerajaan bayar cukup untuk tabung ehsan calun UMNO. Hutang supplier masih banyak belum bayar dan sekarang ni kalau payment kena tahan . ..... macamana? Apek apek dah start talipon tanya bayaran tertunggak.

Pening !!! Sembang dengan kawan dan capai kata sepakat, kita tunjuk perasaan. Tunjuk muka manggil pemberita. "Mana nak cari orang boss?" tanya mangkuk ayun penyokong UMNO nihhh. "Kita upah mat rempit" RM10.00 satu orang dan semua nya akan datang. Baju merah dan kuning kita supply.

Maka cari lah si UMNO UMNO nih ke Giant dan Jasco, kumpul semua baju berwarna kuning dan merah. Color Negeri Selangor konnonnya. Tak payah nak cop cop. Tanya seorang dari jalut UMNO kepada bossnya, "Kuning yang ada tulis BERSIH tu boleh boss?" ...."Kepala ATUK KAU !!!" Balas bekas YB tu.

Begitu gegak gempitanya UMNO sekarang. Bukan kerana berjuangkan bangsa tetapi juangkan poket sendiri. Di dalam kepala sudah berputar. Mana nak cari duit. Untuk sekarang, untuk masa depan dan untuk menghadapi pilihanraya ke 13 nanti....Aduhhh pening.

Itu semalam...hari ini dah tahu Khir Toyo letak jawatan. Alahai ....lagilah longlai anggota kaki. Khir Toyo dah tak kesah tentang anak anak buahnya. Semuanya dah di letak kepada Mat Tyson. Apa nak jadi dengan perjuangan UMNO selangor. Ingat....Mat Tyson ada kawan kawannya dan kawan kawannya adalah bukan kawan kawan sekarang. Apa nak jadi dengan UMNO? Kucar, kacir, hancur luluh. Masa depan kian malap dan sekarang ni cepat cepat lah lompat.

1 comments:

Kuda Lempoyang said...

Bro,
Wa rasa lu patut terus pergi cari quotation kesemua jabatan. Cuba dulu sampai tapak kasut lu haus sebab lawatan tapak. Lepas tu baru boleh komen. Walaubagaimanapun, wa rasa lu akan kecewa sebab ramai kakitangan jabatan ni dah makan duit haram rasa macam halal sejak sekian lama. Wa dah berjaya setelah 5 pasang kasut wa botak disebabkan lawatan tapak.Tapi jangan ingat wa orang BN, wa cuma guna OTAK/AKAL. Wa kasi lu tips sikit kalau nak menang, cari area yang susah dan very much high tech. Area ni orang Umeno kurang, sebab mereka bebal. Jangan cuba cari biznes cuci longkang atau potong pokok atau supply barang pejabat. Lu pergi cari servis radar jabatan cuaca atau supply alat ukur ombak jabatan laut. Area macam ni tak ramai orang umeno sebab supplier yang terer dan bergeliga otak selalunya dari golongan rebelious....tak ramai

Posting terkini

Blog Archive