KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 20, 2008

Belum habis kenduri kesyukuran

lubokkawah.
Bilik Gerakan Kg Paya Sok memulakan kenduri kesyukuran beberapa hari selepas Pilihanraya. Semua petugas PAS dan PKR dijemput menjamu selera babekiu ayam, kemudian diikuti dengan kenduri di Kg Pasu, Kg Pian, Kg Pelong dan Kg Seboi.

Pada 18hb Mac pula 2 ekor kambing disembelih untuk petugas-petugas kaum India di Estet Sg Tekal dan Taman Mewah dibuat di Kg Simpang Kg Jenderak. Malam tadi, 19hb Mac ditumbangkan pula seekor lembu di Kg Paya Luas.

Kerja-kerja kenduri ini dibuat secara gotong royong. Beginilah cara kita mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas serta pengundi-pengundi kita untuk kawasan DUN Jenderak.

Itu, kita kalah. Kalau menang tak tahulah macam mana! Pada 31hb ini pula, sekor lembu lagi akan ditumbangkan di Felda Jenderak Utara oleh PAS.
Sedang dirancangkan kenduri di Kg Gong dan Kg Jenderak, Kg Rekoh dan Kg Berdut.

Sementara itu Bilik Gerakan PKR di Pekan Kuala Krau sudah ditukarkan kepada Pusat Khidmat Rakyat yang akan dikendalikan bersama diantara PKR dan PAS.
Pusat itu telah menerima aduan-aduan daripada pengundi-pengundi DUN Jenderak. Ada yang mengadu tentang masalah culvert tersumbat sehingga menyebabkan lebih 100 ekar tanah sawit dan getah ditenggelami air. Pusat itu telah mengambil tindakan sewajarnya, dan pihak Road Care sudah mulai mengambil tindakan, dan culvert yang tersumbat itu sudah mulai diperbaikki.

Ada yang mengadu bahawa seorang Ahli Majlis Perbandaran Temerloh yang mengambil wang sebanyak RM4000.00 daripada seorang peniaga kononnya untuk tempat perniagaan, tetapi setelah wang dibayar, tempat perniagaan itu tidak dipertimbangkan. Ahli peniaga itu meminta kembali wangnya dan jika tidak dikembalikan kes ini akan dilapurkan kepada BPR.

Ada yang mengadu bahawa permohonan tanah mereka sudah berbelas tahun masih tidak diluluskan lagi. Kes ini akan dirujuk kepada Pejabat Tanah Temerloh.
Pusat ini akan memberikan khidmat kepada rakyat, dan akan membawa dan rujuk kes-kes kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan yang bekenaan. Jika Jabatan Kerajaan itu tidak mengambil apa-apa tindakan sedangkan perkara itu ada didalam bidang kuasa mereka maka itu bukanlah menjadi ukuran samada kita telah menjalankan tugas kita atau tidak; itu membayangkan kelemahan Jabatan Kerajaan dibawah kelolaan Kerajaan UMNO/BN. Kita juga akan paparkan kelemahan Jabatan Kerajaan berkenaan kepada rakyat.

Pusat Khidmat Rakyat (PKR) di Pekan Kuala Krau terletak di No. 37 Jalan Besar, 28050 Kuala Krau, dibuka 7 hari seminggu bergilir-gilir diantara petugas-petugas PAS dan PKR, terbuka kepada semua penduduk Kuala Krau tanpa mengira kaum, parti atau agama.

Berjumpa anda dari DUN Jenderak di Pusat Khidmat Rakyat Kuala Krau dan jika ada perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian dikampong-kampong di DUN Jenderak, hubungilah kami di PKR Kuala Krau hp: 0199321260.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive