Hilang pedoman punca empayar jatuh - Nazrin
utusan.
POH 20 Mac – Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, sikap pemimpin yang hilang pedoman ketika berkuasa adalah punca kejatuhan sesebuah empayar dan negara sebagaimana yang tercatat dalam sejarah.
Menurut baginda, sejarah turut mencatatkan ramai insan yang mendapat peluang menjadi pemimpin tetapi hanya sedikit di kalangan mereka yang berjaya mencipta sejarah dan membina tamadun bangsa.
``Ada di antaranya yang terleka, ada yang tersalah haluan, ada yang tersalah diberi nasihat, ada yang tersalah langkah dan ada yang tersalah perkiraan.
``Justeru, sejarah berkaitan kepimpinan dan pemimpin itu sewajibnya dijadikan asas rujukan oleh ummah hari ini bagi mempelajari daripada kesalahan dan menjauhi daripada mengulangi kesilapan yang sama,'' titah baginda semasa merasmikan sambutan Maulidur Rasul di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Mar 20, 2008
RAJA NAZRIN SINDIR DOLLAH BADAWI
Labels: Raja Nazrin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment