KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 20, 2008

TENGKU ADNAN PERABIH DUIT RAKYAT

marhaen.org
Salam perjuangan,

Apabila Tengku Adnan terlepas jawatan Menteri Pelancongan maka semua kroni beliau mengeluh kerana bimbang tidak akan dapat projek lagi untuk menjayakan program pelancongan ataupun mungkin projek yang sudah dirancang semasa Tengku Adnan masih sebagai Menteri Pelancongan akan dihentikan.

Sebelum pembubaran Parlimen Tengku Adnan telah meluluskan beberapa projek pelancongan yang bernilai jutaan ringgi untuk kroni beliau.

Sepanjang Ku Nan menjadi menteri terlalu banyak pojek pelancongan yang dilaksanakan tetapi tidak dibuat secara tender terbuka sebaliknya dianugerahkan secara terus kepada syarikat yang sama berulang kali. Sebagai contoh MISA (Malaysia International Space Adventure) yang berlangsung selama 3 bulan di Putrajaya, hak penganjurannya diberikan kepada AdSuria Sdn. Bhd. Projek ini menelan belanja jutaan ringgit. Selepas ini satu lagi acara pelancongan yang akan dilaksanakan oleh syarikat yang sama di Putrajaya yang akan berlangsung selama 6 bulan dan menelan belanja RM10 juta ringgit.

Begitu juga dengan penyediaan katering sepanjang Ku Nan menjadi menteri. Syarikat yang sama iaitu Arbee Catering Sdn. Bhd. yang membekalkan makanan hampir kesemua acara yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia baik kecil-kecilan mahupun secara besar-besaran.

Sebenarnya sejak Ku Nan menjadi Menteri Pelancongan puluhan malah ratusan juta ringgit wang rakyat telah dihanguskan atas nama pelancongan tetapi faedahnya hanya dinikmati oleh syarikat sama yang merupakan kroni Ku Nan. Ingat lagi ’Eyes on Malaysia’? (kanan) RM57 juta wang rakyat dileburkan hanya untuk membayar sewaan buaian pusing selama setahun.

Jangan bimbang. Selepas ini jutaan ringgit wang rakyat akan dihanguskan pula oleh Azlina Othman Saidkerana tibalah masanya pula beliau akan mengenyangkan kroni beliau untuk menjayakan pelbagai aktiviti pelancongan. Tidak mustahil selepas ini Pengerang iaitu kawasan Parlimen yang beliau tandingi akan menjadi destinasi pelancongan utama negara berbanding Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ha! Ha! Ha!


Pinochet Robert

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive