KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 20, 2008

POLIS NAK GUNA ISA?

Khamis, 20 Mac 2008

PULAU PINANG: Polis hari ini memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan menyertai perhimpunan haram hari ini seperti yang diwarwarkan kerana ia boleh mencetuskan situasi panik di kalangan masyarakat.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Salleh Mat Rasid, berkata kegagalan mematuhi arahan polis boleh menyebabkan mereka yang terbabit dikenakan tindakan mengikut Seksyen 27(5) atau 27(5)(a) Akta Polis 1967 iaitu menyertai atau mengadakan perhimpunan tanpa permit.

“Selain itu, mereka juga boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menimbulkan kekecohan kepada keselamatan negara,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini.

Amaran sama turut diberikan kepada pihak tertentu dan orang ramai yang menyebarkan pelbagai SMS mengenai perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan hari ini di Masjid Negeri, di sini.

Difahamkan perhimpunan itu adalah lanjutan daripada perhimpunan yang diadakan Jumaat lalu di hadapan pintu masuk utama Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) bagi membantah tindakan kerajaan negeri yang kononnya mahu ‘membebaskan’ pentadbiran negeri daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan menuntut hak orang Melayu dikembalikan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive