KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 20, 2008

Perletakan Jawatan SU Agung UMNO

kuda-kepang
Perletakan Jawatan SU Agung UMNO:
Radzi Memang Ditekan Untuk Berhenti


Beberapa pihak, termasuk segolongan pembaca blog ini, menganggap Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad meletakkan jawatan Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana kecewa tidak dilantik sebagai menteri.

Hakikat sebenarnya bukan begitu. Sumber-sumber berwibawa memberitahu blog ini petang ini, Radzi mengosongkan kedua-dua jawatan di atas berkuatkuasa hari ini, kerana beliau didesak berbuat demikian oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebabnya tidak jelas. Tetapi, sumber-sumber berkenaan menyatakan bahawa Radzi dikatakan telah dituduh oleh Abdullah sebagai “mempunyai agendanya yang tersendiri di dalam UMNO.”

Sebab itulah agaknya dalam laporan BERNAMA, Radzi “tidak menafikan bahawa beliau menerima tekanan.”

Sebab itulah juga laporan BERNAMA hari ini mememetik Radzi sebagai “menolak anggapan bahawa keputusannya itu dibuat setelah kecewa kerana tidak dipilih menganggotai semula kabinet” ataupun “mempunyai hubung kait dengan kemelut UMNO di Perlis yang turut menyaksikan Datuk Seri Shahidan Kassim tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar.”

Sumber-sumber lain pula memberitahu blog ini bahawa perletakan jawatan Radzi adalah “sebahagian daripada percaturan politik pihak-pihak yang mendominasikan Abdullah selama ini.”

Kata sumber-sumber itu lagi, “ini kerana ada pihak mendapati Radzi sebagai batu penghalang utama kepada beberapa usaha yang mahu dilaksanakan oleh pihak terbabit menerusi UMNO.”

Siapakah pihak-pihak berkenaan? Mengapakah Abdullah seolah-olah akur kepada mereka? Apakah bentuk “usaha” yang mahu mereka laksanakan menerusi UMNO, tetapi tertangguh akibat Radzi sebagai penghalang utamanya? – Ruhanie Ahmad

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive