Hari ini penat melayan komputer, duduk sekejap menonton TV .... TV3 (musuh utama aku) dan terkejut apabila melihat Guan Eng bersama sama berarak di dalam Sambutan Mailidul Rasul di Pulau pinang bersama, Timbalan Ketua Menterinya. Perhhhh....satu tekanan mental kepada pemimpin BN yang kononnya DAP akan merosakkan masa depan Islam. Mintak mintak jangan berlakun lah.....tapi dimana manusia yang berkumpul di komtar hari tu....ada bersama atau lepak di rumah. Haiiii UMNO buka mata kerana orang bukan Islam dan boleh terima, ini kan pula orang Islam sendiri.
Berikut berikut menyusul ....
Kerajaan baru P.Pinang beri jaminan kesucian agama Islam dipelihara
BUTTERWORTH: Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baru hari ini memberi jaminan kepada umat Islam di negeri ini bahawa ia akan memelihara dan menghormati kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Timbalan Ketua Menteri Mohammad Fairus Khairuddin berkata, kerajaan negeri akan sentiasa berusaha mengambil pendekatan yang berhemah dan memperbaiki aktiviti yang boleh meningkatkan syiar Islam.
"Semua perayaan agama Islam akan diteruskan di Pulau Pinang malahan program sambutannya akan diperbaiki dari semasa ke semasa," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini.
Katanya, kesungguhan kerajaan campuran DAPParti Keadilan Rakyat (PKR) itu terbukti dengan kehadiran Ketua Menteri Lim Guan Eng dan rombongan Exconya pada majlis itu yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas.
Beliau berkata langkah itu jelas menunjukkan rasa hormat bangsa lain kepada agama Islam.
Pada majlis itu, Mohammad Fairus menyeru umat Islam supaya berpegang kuat kepada semangat persaudaraan bagi melahirkan masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain dan sekaligus mengangkat martabat umah.
Beliau juga mahu melihat generasi muda mencontohi akhlak mulia Rasulullah S.A.W dan menjadikannya sebagai pedoman hidup mereka.
"Kita mahu generasi muda menjadi generasi "Alkhairiyul Amin" iaitu generasi yang kuat imannya, baik akhlaknya, gagah moralnya, tinggi ilmunya serta boleh berusaha memajukan segenap aspek kehidupan," katanya.
Beliau juga menaruh harapan supaya generasi itu dapat menonjolkan kemampuan yang cemerlang dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sukan serta mengharumkan nama negeri dan negara.
Ketika berucap merasmikan majlis sambutan itu, Abdul Rahman menyeru umat Islam agar kembali kepada tuntutan agama dan menjadikan empat sifat Rasulullah sebagai panduan menjana semula kegemilangan ummah.
Mar 20, 2008
GUAN ENG BERSAMA BERARAK SAMBUTAN MAULIDUL RASUL
Labels: Lee Guan Eng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Tengok Di Kelantan Pula Macam Mane...http://www.photoblog.com/pinkturtle/2008/03/21
kafir ketuai perarakan mualidul rasul di penang, sungguh hebat !!!
doakanlah semoga ALLAH memberinya hidayah..mana tau dgn mulai terpancarnya cahaya dan banyaknya taman2 syurga disbbkan berkembangnya tempat2 ilmu yg selama ini cuba di sekat dan dimatikan oleh umno...dan muhassabahlah diri sendiri
Al Maidah - 54:
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.
Macam Mongolia serang Baghdad akhir nya Hulagu(?) terima Islam. Jadi tak mustahil utk LGE, Wallahu 'aklam.
Post a Comment