kedahlanie
8 Mac 2008, tarikh yang menyaksikan kebangkitan rakyat jelata menundukkan keangkuhan UMNO dan BN di bumi bertuah ini, terasa bagaikan baru semalam saja berlalu. Di mana-mana orang masih memperihalkan tentang perkara ini.
Setiap kita tentunya mempunyai berbagai cerita, kisah suka duka selama 2 minggu di musim PRU12 ini, dan tentunya kisah-kisah tersebut akan kita kenang sampai bila-bila.
Seperti orang lain, saya pun punya kisah-kisah manis yang tersendiri; tapi dalam banyak-banyak itu saya tak akan lupakan kisah "The Day We Captured Wisma Negeri", iaitu kisah hari di mana akhirnya kami insan-insan biasa ini (yg tak punya apa-apa jawatan istimewa dlm parti) akhirnya berjaya juga menjejak kaki ke wisma negeri.
Untuk pengetahuan, Wisma Negeri yg dimaksudkan itu ialah panggilan rakyat marhain macam kami di negeri Kedah ini untuk Wisma Persekutuan yang memuatkan pusat pentadbiran negeri. Bagi kami, ianya menjadi mercu tanda kepada mana-mana pihak yang menguasai tampuk pemerintahan negeri Kedah ini.
Seawal pukul 8:00 lagi, sebaik habis solat maghrib, bintang petanda bahawa Kedah bakal jatuh ke tangan BA sudah mula terserlah. Sebetulnya, kami berada di DUN Merbau Pulas, yg pada Pemilu 2004 hari itu dijadikan sebagai batu ukuran oleh both PAS/UMNO sebagai sebuah DUN Panas yang akan menjadi penentu siapa yang bakal menguasai Negeri Kedah. Kawasan ini mempunyai penyokong UMNO dan PAS yang agak ramai, serta peratus kaum India dan China yang walaupun tak ramai mana tapi menjadi penentu sekiranya pengundi Melayu 50-50 PAS dan UMNO.
Lebih kurang jam 8:30 mlm sudah heboh di markas kami bahawa DUN Merbau Pulas sudah pun gerenti dlm genggaman (berdasarkan undi kasar di peti-peti undi). Waktu itu semua orang nampak begitu happy; dan bukan kami saja tetapi seorang pengundi India dengan isteri dan anak kecil yang setia menunggu di luar pagar sekolah Cina kat tengah pekan Pdg Serai itu, saya dengar suami isteri itu berkata sesuatu, kemudian isterinya cakap kat saya, kata dia: "Kita menang....saya sudah janji sama anak, mau pegi beli Kek....kita potong kek ini malam!!"
Confident sungguh dia!!
Meringkaskan cerita, malam itu kami berkampung di markas hingga hampir subuh. Kami menunggu pengumuman rasmi di kaca TV, siap pasang skrin besar. Satu persatu DUN/Parlimen yg menang kami tulis dan catat, takbir dan tepuk sorak usah dikira. Bila sms mula bertalu-talu masuk menyatakan bahawa PAS sudah pun mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, semua orang bertakbir, dan kemudian disusuli dengan selawat dan salam memuji illahi serentak tanpa diundang.
Pun begitu, kami tetap setia menunggu di depan TV...tujuannya cuma satu, nak tunggu pengumuman rasmi di TV, tunggu punya tunggu tak keluar keluar juga hinggalah keluar tulisan kecil sepintas lalu berbunyi "PEMBANGKANG GAGAL KUASAI 2/3 DUN KEDAH". Hah, sahlah Kedah sudah pun milik BA; waktu itu kalau tak silap sudah pun hampir jam 2:30 pagi.
Entah mai idea mana, saya ambik mike dan buat announcement yg saya nak bertolak ke Alor Setar nak pi ke Wisma Negeri mlm tu juga; saya kata sapa-sapa yg nak pi boleh ikut sekali. Dalam ramai-ramai yg nak tak nak pi tu (sebab dah larut malam, dari situ ke Alor Setar lebih kurang 2 Jam)ada sorang hamba Allah, dia yang mola sekali angkat tangan cakap nak ikut sekali; nama dia Ust Yusdi.
So, waktu sedang bersiap-siap nak pi, dok tunggu kawan tu dok tunggu kawan ni, dlm pukul 3.00 pagi bila dah nak bertolak, saya dpt panggilan drpd seorang sahabat di Alor Setar bagitau kata jangan dok mai, semua org diarah patah balik ke Kompleks PAS, Batu 9, kalau nak mai, mai esok jam 3.
So, dok esok tu, selepas Zohor, kami berkonvoi ramai-ramai ke sana, sampai di satu simpang dekat Sg Petani, bertemu dengan konvoi entah dari kawasan mana, terus berarak sekali; sampai simpang lain jumpa konvoi lain. So, hari tu kami semua berkonvoi dan berarak ke Alor Setar tanpa dirancang.
Sampai di Wisma Negeri, tu dia begitu ramai lautan manusia; ada hamba Allah bagitau kalau mai mlm tadi lagi ramai, ada dekat berbelas ribu orang.
Sampai-sampai saja di pagar Wisma Negeri, saya cakap kuat-kuat kat kwn-kwn yg mai konvoi tu, saya kata:
"Ha, jom pakat pegang dan sentuh pintu pagar Wisma Negeri ini sebagai tanda bahawa kita dah menang dan berjaya tawan Negeri Kedah!!"
Berebut-rebut sahabat2 saya ni pakat dok pi pegang pagar tu, kemudian kami ambik gambar ramai-ramai tanda kenangan spt yg disertakan ini.
Kemudian saya pi kat celah-celah org ramai yg mai dari seluruh pelusuk bumi Kedah tu, macam nak pi bagi ceramah saya kata:
"Assalamualaikum semua; ini saya nak perkenalkan sahabat kita Ust Yusdi Bin Mat Piah, anak Mujahidin MEMALI.....hari ini dia mai bersama-sama kita....mai nak tengok hasil perjuangan arwah Ayahanda dia. Inilah dia hasil titik peluh dan darah mereka....tak sia-sia perjuangan depa!!" Saya laung TAKBIR!! ALLAH HU AKBAR Takbir! ALLAH HU AKBAR Takbir! ALLAH HU AKBAR bergema di hadapan bangunan Wisma Negeri itu!!
Entah kenapa, saya sendiri tumpang rasa bangga dapat menemankan sahabat saya itu ke sini, dan dari raut wajah beliau saya dapat melihat rasa puas hati yang tak terhingga kerana setelah sekian lama, setelah 23 tahun tragedi Memali berlalu, akhirnya beliau dapat melihat sendiri hasil perjuangan ayahandanya itu di hadapan mata.
Tak sia-sia darah para shuhada menitis di Memali sana.
"KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA"
Mar 20, 2008
"The Day We Captured Wisma Negeri"
Labels: PAS Kedah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment