Pembatalan Penggunaan Dakwat Kekal
suarakeadilan
Dengan keputusan terkini Suruhanjaya Pilihanraya membatalkan penggunaaan dakwat kekal, tidak ada sebab untuk rakyat menafikan bahawa wujud kerjasama SPR dan Barisan Nasional (BN) untuk menghalalkan penipuan di dalam Pilihanraya Umum akan datang.
Meskipun pelbagai jaminan diberikan dan kesilapan yang berlaku dengan ketara, kini jelas terbukti bahawa Tan Sri Rashid kini terlibat untuk melaksanakan perjalanan Pilihanraya Umum ke-12 dalam keadaan integrity pilihanraya tercabul sepenuhnya.
Menggunakan alasan ‘arahan awam’ dan ‘keselamatan’ juga adalah alasan yang amat tidak munasabah, di mana alasan ini adalah selari dengan alasan-alasan yang diberikan seluruh dunia oleh pihak yang mahu menafikan kebebasan demokratik.
BERSIH yang bukan sekadar mewakili parti-parti politik tetapi juga lingkungan besar badan-badan masyarakat telah berkempen sepenuh upaya untuk memastikan perlaksanaan dakwat kekal diimplementasi untuk memerangi gejala pengundi hantu.
Ada di kalangan calon-calon yang telah menyaksikan pelbagai penipuan di dalam proses pengundian pos, dan mendedahkan ratusan malah ribuan alamat-alamat yang tidak sah, pengundi yang telah mati dan juga pengundi yang berusia lebih daripada 100 tahun di dalam daftar pengundi. SPR telah menafikan sepenuhnya tuntutan BERSIH untuk menyelesaikan masalah-masalah ini dan kini tuntutan ketiga BERSIH juga telah dinafikan.
Pada ketika ini di saat seluruh dunia memerhatikan kita, SPR akhirnya telah menunjukkan sebenar-benarnya bahawa sebarang usaha ke arah reformasi untuk memperbetulkan system dalam waktu yang begitu penting dan mendesak, SPR akan ‘cuci tangan’ demi menurut kehendak penguasa politik yang rakus.
KeADILan, bagaimanapun melihat satu indikator positif daripada perkembangan ini. Kelihatan perisik-perisik BN sudah jelas menunjukkan bahawa akan wujud kecenderungan rakyat yang sangat besar kepada pembangkang, lantas terdesak untuk menggunakan saluran pengundi hantu dan pelbagai kaedah penipuan lain untuk mengurangkan risiko kekalahan yang mereka ramalkan. BN pastinya tidak akan memberi ruang.
Kami mendorong dan menyeru kepada semua penyokong dan indidvidu yang bersimpati kepada pembangkang untuk memperkukuhkan tekad dan usaha mereka untuk kita menggempur fasa terakhir pilihanraya ini demi menyebarluas kempen ke arah Malaysia yang lebih baik.
Dr Syed Husin Ali
Timb Presiden KeADILan
Mar 4, 2008
Alasan SPR batal Penggunaan Dakwat adalah alasan yang amat tidak munasabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment