harakahdaily
(...) Menurut Shahrul, apa yang dijanjikan oleh Najib itu bukanlah perkara baru malah dalam setiap kali pilihan raya ada saja janji dibuat tetapi tidak dilaksanakan apabila ada pilihan raya pemimpin ini datang lagi dengan janji baru.
Katanya, peneroka dan generasi kedua Felda sudah muak dengan janji-janji seperti itu, apatah lagi ramai daripada peneroka dan generasi kedua di Felda Bukit Tajau pernah ditipu pemimpin Umno yang menjanjikan tanah dan mengutip wang RM200 seorang bagi tujuan permohonan tanah dua tahun lalu.
"Akhirnya duit kami lesap tanah entah ke mana,"katanya.
Baru-baru ini Najib berjanji untuk membina 1,200 unit rumah kos rendah berharga di antara RM30,000 - RM65,000 di Felda Jengka 11 (200 unit), Triang 3 (300 unit), Meram 1 (300 unit) dan Felda Ciku 5 (300 unit) dengan kos RM40 juta yang disediakan Felda.
Shahrul berkata, kebanyakan janji Najib itu adalah diciplak daripada manifesto Barisan Alternatif 2004 lalu.
Bagi, Mansur Haji Fauzi, 40, dari Felda Kenanga, Jengka 7, beliau tidak akan mengubah sokongan terhadap BA semata-mata kerana janji Felda dan Timbalan Perdana Menteri Sementara itu.
Katanya, sebagai anak peneroka yang menggantikan bapanya, beliau melihat sendiri bagaimana buruknya layanan Felda kepada peneroka.
"Orang melihat Felda sebagai amat berjaya dan gah, tetapi bagi kami Felda tidak lebih buruk daripada syarikat swasta, kerana Felda tidak telus dalam pentadbiranya sehingga peneroka tidak dapat melihat apa juga dukomen yang membabit pengurusan ladang mereka,"katanya.
Menurutnya, peneroka tidak mengetahui apa-apa tentang ladang mereka setelah menyerahkannya kepada Felda dan apa yang peneroka tahu ia cukup bulan mereka mendapat wang sara hidup.
"Peneroka tidak mengetahui apa-apa setelah menyerahkan ladang mereka kepada Felda, apa yang peneroka tahu ialah setiap bulan menerima wang sara hidup,"ujarnya. More...
Mar 4, 2008
JANJI .... NAJIB GIMIK LAGI
Labels: Belit Najib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment