RAKYAT SUDAH MELUAT
Wak baru mendapat panggilan dari teman di Shah Alam memberitahu ada beberapa buah kedai sudah tidak rasa takut untuk menayangkan video ceramah Anwar Ibrahim ketika musim pilihanraya ini. Tayangan video ditonton oleh ramai orang dengan kemudahan skrin 52". Yang lalu lalang dikawasan berkenaan dapat menyaksikannya dengan jelas dan tidak kurang juga yang berhenti menonton beramai ramai.
Keadaan ini sungguh diluar dugaan. Semangat dan rasa ingin tahu rakyat bertambah tambah. Tahniah kepada mereka yang sanggup berbuat demikian. Pemikiran rakyat tidak lagi dikongkong dengan penipuan berita TV. Lambat laun, kebenaran akan tersebar dan kebodohan serta penipuan kerajaan Barisan Nasional akan diketahui umum.
Wak tidak dapat memperolehi sebarang imej kerana teman wak tidak mempunyai kemudahan untuk mengambil gambar. Hanya yang dengar adalah suara Anwar Ibrahim di dalam talipon. Namun berita ini cukup untuk memberikan kita semangat bahawa kebenaran sedang tersebar.
BN ..... kau tunggu waktu kejatuhan mu. Kau guna lah apa jua senjata yang kau ada. Di atas akan turun dan yang dibawah akan naik. Kuasa rakyat jangan dicabar. Ia boleh berlaku bila bila masa, dimana jua. Hakikat perlu diterima bahawa UMNO dan BN sudah tamat masanya.
UBAH SEBELUM PARAH !!!
Mar 4, 2008
KEBENARAN SEDANG TERSEBAR !!!
Labels: Anwar Ibrahim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment