I got a PERSONAL letter from Abdullah Hj Ahmad Badawi, Pengerusi Barisan Nasional. Don’t pway-pway, I got letter from the PeeEmm you knowww…..
Since Pak Lah acknowledge me as saudari, I can address him back as Pak Lah. Here goes…
Warkah Untuk PM - Pak Lah
Pak Lah
Saya amat terpegun dan terharu Pak Lah ada masa untuk tulis surat kepada saya. Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang amat bersopan, maka biarlah saya membalas surat Pak Lah yang bertarikh 25 Februari 2008..
Sebelum itu, saya nak tau, mana Pak Lah dapat alamat saya? Ini bukan dari SPR sebab saya tidak berdaftar di tempat tinggal saya. Jadi dari spammer mana satu Pak Lah beli alamat saya?
Kedua, saya memang pantang melihat orang-orang terkemuka, ahli politik, ratu cantik, artis-artis dan VIPs semua mempergunakan orang-orang kurang upaya sebagai bahan tunjuk sifat prihatin mereka. Ok lah, Bahasa Malaysia saya sudah karat tapi maksud saya, memang saya rasa amat sedih bila mereka semua digunakan dalam poster-poster, televisyen dan lain-lain. Sekiranya kita ikhlas, biarlah hulur pertolongan tanpa meminta apa-apa publisiti.
Pak Lah, surat Pak Lah bermula begini :
Empat tahun telah berlalu semenjak saudari mengamanahkan Barisan Nasional dengan mandat besar….
Eh, Pak Lah, dah silap lah. Saya pangkah PAS dan DAP. Saya tak bagi mandat kat BN punnnnn. Bukan apa, saya memang perangai ‘power to the underdogs’ dan akan mempertahankan parti-parti yang ditindas.
Pak Lah ada pok-pek macam macam pasal ekonomi, pekerjaan dan macam-macam lagi. Saya tak minat lah, Pak Lah. Yang saya risau ni….Dah pukul 3.30 petang dan anak-anak saya pun belum balik dari sekolah kerana mereka semua perlu bertungkus-lumus nak jadi ’straight A’ students supaya Kerajaan BN dapat temberang yang negara kita semua mencapai 98% literacy (apa tu literacy?).
Pak Lah hari hari cakap pasal pembangunan. Itu pun saya tak minat. Yang saya nak, biarlah suami saya balik kerja awal sikit dan tidak terkena trafik jam sampai berjam-jam kat jambatan Pulau Pinang. Ni saya nak tanya Pak Lah. Pasai apa hang tak bagi kami buat jambatan baru dari dulu-dulu lagi? Pasai apa hangpa ni dok habaq kat Tsu Koon tu kerajaan tak ada duit? Ni…tolong Pak Lah habaq.
Lagi pun, buat apa pembangunan besar-besar? Kilang-kilang semua tu penuh orang Indon, Nepal, Bangla dan macam-macam lagi. Masalah sosial lagi bertambah. Bagi saya, kita sekadar cukup makan, cukup tinggal dah cukup lah, Pak Lah. Tak payah Pak Lah temberang :
‘nilai dagangan antarabangsa melangkau tahap lebih 1 trillion ringgit’
1 trillion pun…..kami kena bayar income tax, interest dari EPF bertambah kurang, toll pun naik, petrol pun naik, harga barang barang keperluan harian pun naik….
Jadi, minta maaf lah Pak Lah…saya dah bosan dengar propoganda BN. Tiap-tiap hari, ahli-ahli BN semua berkata bahawa mereka telah berjaya menangani masalah penduduk-penduduk miskin seperti menebang pokok, membersih longkang dan kerja-kerja macam tu. Eh, Pak Lah, ingat saya ni bodoh kah? Kan masalah-masalah longkong tersumbat, jalan berlubang semua tu berasal dari Majlis Perbandaran yang tidak efektif? Dan kan Majlis Perbandaran tu pihak UMNO. Jadi…apa yang sangat terror-merror pasal longkong tersumbat?
Lagi pun, Koh Tsu Koon dan orang Gerakan terus berkata ‘Give us another five years’ (to achieve something). Kan kami dah beri LIMA PULUH TAHUN? Tak cukup lagi kah?
Jangan marah, Pak Lah. Saya cuma tunjuk sifat demokratik. Kan negara kita demokratik. Jadi, saya ada hak meluahkan pendapat saya juga. Betul tak?
Semoga berjaya, Pak Lah. Saya tetap ‘power to the underdogs’ dan undian saya tetap kepada pihak yang tidak dapat bersuara. Nanti bila Barisan Nasional dah kalah, pilihanraya ke 13 baru saya undi Pak Lah, ok? Kan 13 lucky number Pak Lah.
0 comments:
Post a Comment