Temubual hari ini ....
Rakyat terlalu lembut, mungkin kerana ini lah maka Barisan Nasional dan barua baruanya naik kepala. Itu lah kata dari seorang rakan yang ditemui hari ini. "Kau lihatlah betapa rakyat masih menghormati undang undang. Dipukul, dipijak, dibogelkan dan dibuat bermacam macam tekanan, tapi masih tunduk dan hormat.
Maka kerana itu lah banyak kita lihat rasuah menjadi jadi, pemimpin gila kuasa dan diberikan betis hendakkan peha.
Cuba bayangkan, bagaimana kalau rusuhan yang berlaku ditentang rakyat habis habisan? Polis tentu lari ketakutan. Sudah pasti keadaan menjadi kecoh, tetapi apa yang berlaku, rusuhan yang menjadi hiruk pikuk adalah kerana provokosi dan kejahatan pihak berkuasa menangani perarakan seperti yang berlaku pada 25/11 Perhimpunan HINDRAF. Seluruh dunia tahu dan akibatnya, Abdullah Badawi tidak dipercayai oleh pemimpin negara lain.
Teman ku ini pernah belajar di Perancis. Sejarah perbalahan antara penguatkuasa dan rakyat sungguh menakutkan. Rakyat sewenang wenangnya melanggari undang undang dan menentang semula pihak berkuasa kerana kuasa rakyat, kuasa muktamat, suara rakyat, suara keramat.
Ku tanya tentang pilihanraya ... beliau berkata, kalau SPR tidak telus. Boikot saje. Biarkan isu ini sampai ke pengetahun dunia. Caranya, pembangkang bersatu hati dan buat sidang akhbar, canangkan. Panggil Al Jazeera dan wakil media yang lain dan umumkan pemulauan. Hendak atau tidak hendak, BN akan tunduk dan setelah semua nya mengikut kemahuan, baru lah di jalankan pilihanraya. Itu baru telus, kalau tidak...jangan harap kerana UMNO dan BN sudah terlalu lama berkuasa. Dosa dan kukunya sudah lama mencengkam. Alah bisa tegal biasa. Kalau dah biasa korup, lebih duit dan lumayan, maka parti ini tidak akan mahu turun kuasa. Kerana untuk bangun kembali tidak akan berdaya memandangkan, mereka bimbang kalau kalau kerajaan baru lebih baik dari mereka.
Dimana mana pun, undang undang demokrasi memang menghadkan kuasa dan tempoh Perdana Menteri, Di Malaysia ni lain sikit. Sistem demokrasi yang mengarut.
Aku tanya tentang SPR, dan keberkesanannya, dan beliau menjawab, kalau SPR tidak telus tak guna buat pilihanraya. Membazir waktu dan wang untuk berkempen. Hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Alasan kerajaan adalah rakyat yang buat pilihan sedangkan semuanya penipuan. Undang undang akan diubah sekerap mungkin untuk memastikan BN menang dan jelas apa yang berlaku terhadap perubahan yang dilakukan pada SPR di dalam tempoh yang terdekat ini memang membuktikan SPR berkomplot untuk menipu rakyat.
Ditanya tentang media, beliau memberitahu bahawa selagi jabatan penerangan dibawah kuasa kerajaan, maka wang dan kos penyelenggaraannya adalah milik rakyat. Segala aktiviti perlu di ketahui rakyat dan rakyat berhak untuk mendapatkan berita yang telus dan adil. Tidak berat sebelah. Tetapi ianya tidak berlaku di Malaysia, malah keadaan media di malaysia sungguh menjijikkan. Kerana itu lah maka, setiap malam berita yang tersiar lebih kepada BN dan bukan kepada pembangkang. Kalau propaganda BN hanya melibatkan TV swasta, maka ianya tidak menjadi soal. Mungkin mereka membayarnya. Namun begitu, rakyat ada hak untuk mendapatkan lapuran tentang perbelanjaan propaganda mengikut undang undang pilihanraya. Tetapi sejauh mana, keadilan di praktikkan di Malaysia, itu adalah masalahnya.
Dan aku tanya lagi, adakah dia menyesal menjadi warga negara New Zealand? Dia berkata, disana hidup bebas. Semua orang ada akal untuk berfikir. Bebas tidak semestinya terlalu bebas tetapi setiap aktiviti di sokong oleh kerajaan. Kalau kerajaan tidak berbaik dengan rakyat, maka mereka tidak akan dipilih lagi pada tahun berikutnya. Dan aku bertanya bagaimana rasanya menjadi rakyat New Zealand, dia kata ...... Malaysia adalah negara tempat lahirnya, tetapi kalau tak lahir di Malaysia pun dia tidak menyesal.
Mar 4, 2008
BUAL BICARA DENGAN TEMAN LAMA
Labels: Artikel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment