KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 4, 2008

HELLO BN .... PESANAN UNTUK ANDA

"BN akan jatuh di Pulau Pinang" Anwar Ibrahim



Oleh Suhana A Samat
klpos.com

PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam melahirkan keyakinan parti itu akan dapat meraih lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi dalam pilihan raya kali ini.

Namun, di sebalik keyakinan itu, tersirat kebimbangan mengenai kehadiran 'pengundi hantu'. Beliau membayangkan BN akan 'jatuh' di Pulau Pinang kerana masyarakat Cina dan India di sana kini sudah mula beralih menyokong parti pembangkang.

Dalam satu wawancara dengan Berita Harian Singapura selepas mengadakan ceramah di Majlis Daerah Ketereh, Kelantan, semalam, Datuk Seri Anwar berkata:

'Pada 1999 dan 2004, saya berada di penjara dan tidak dapat melihat perkembangan (pilihan raya) secara langsung. Tetapi saya mengikuti laporan secara terperinci dari segi mood mengundi, penyusunan jentera dan sokongan semasa kempen.

'Sekarang ini, kita tidak pernah saksikan, sejak 50 tahun merdeka, sambutan yang begitu meluas di seluruh negara (terhadap parti pembangkang). Kebimbangan kita kini ialah mengenai pengundi hantu.'

Malaysia's former deputy prime minister and opposition leader ...
"Kami berjuang nafikan 2/3 BN di Parlimen"

'Pada 8 Mac nanti, segala hantu ada, ada jembalang, langsuir, toyol. Jadi kita kena kerja kuat untuk pertahan hak dan kebebasan kita.'

Datuk Seri Anwar telah melawat Ketereh bagi memberi sokongan kepada calon PKR yang bakal bertanding, Abdul Aziz Abdul Kadir, yang bakal menentang calon BN, Datuk Seri Annuar Musa.

Menurut Datuk Seri Anwar lagi, pihaknya antara lain, telah mengesan terdapat pengundi yang sudah mati tetapi namanya masih tersenarai sementara ada pengundi yang namanya tersenarai di dua kawasan mengundi.

Menyentuh mengenai berapa kerusi Parlimen dan DUN yang menjadi matlamat parti pembangkang, Datuk Seri Anwar berkata, pihaknya berjuang untuk menafikan Barisan Nasional (BN) majoriti dua pertiga di Parlimen.

Mengenai kritikan calon (BN) Parlimen Permatang Pauh, Datuk Pirdaus Ismail, bahawa isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mempermainkan sokongan rakyat kerana ingin memberi laluan kepada beliau untuk bertanding kerusi itu jika menang dalam pilihan raya, Datuk Seri Anwar dengan tegas menjawab:

'Bagaimana pula Datuk Pirdaus yang patuh dan faham agama boleh mempertahankan sistem yang rasuah dan curang, penipuan dan pembelian badan kehakiman? Patutnya dia jawab ini dulu.'


Supporters of Malaysia's main opposition Parti Islam se-Malaysia ...
"Yakin menang lebih banyak kerusi"

Awal daripada itu dalam ceramahnya, Datuk Seri Anwar berkata:

'Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) diurus dengan baik, tidak rasuah, lantik orang-orang yang berkebolehan uruskan syarikat, tiada kacau-bilau daripada politik, seperti mana berlaku dalam Umno. Singapore Airlines, satu tahun, bonusnya enam bulan.

'Bagaimana pula dengan syarikat penerbangan Malaysia, MAS? Enam tahun, tidak ada bonus.'

Beliau juga menarik perhatian Universiti Nasional Singapura (NUS) merupakan yang ketiga terbaik di Asia sementara tiada universiti di Malaysia yang terkenal di dunia.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive