sanggahtoksago
AKHIRNYA apa yang diduga juga dijangka. Saat akhir sudah menjadi "permainan" sebati SPR memenangkan BN. Apakah SPR tiada perancangan canggih melakarkan agenda dan peraturannya?
Sungguh pelik dan mencemaskan. SPR tidak ubah seperti jawatankuasa ad-hock menangani banjir kilat. Macam urusetia kenduri kahwin yang boleh diubah tentatif sesuka hati.
SPR hari ini memutuskan penggunaan dakwat pada kuku semasa pengundian pada pilihan raya umum 8 Mac ini, dibatalkan. Tak boleh dipraktik!
Pengerusinya, Tan Sri Ab. Rashid Abdul Rahman membuat pengumuman itu pada sidang akhbar di sini yang turut dihadiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Sekali lagi menjadi bukti jelas, SPR adalah "kuda tunggangan BN" bagi membolehkan BN terus berkuasa di Malaysia dengan cara yang kotor dan keji.
Apakah anda percaya ia suatu yang kebetulan jika nombor siri Kad Pengenalan pengundi yang meragukan sehingga kanak-kanak dan orang tua berumur lebih 100 tahun boleh mengundi.
Apakah anda percaya penguasaan RTM dan TV3 sebagai perkakas kempen BN juga suatu kebetulan?
Juga apakah anda percaya tindakan menghalalkan penerimaan kertas pencalonan tanpa duti setem suatu yang dianggap adil, telus dan bersih?
Abdul Rashid sendiri menjadi jaguh mengeluarkan pendapat yang bias terhadap parti kerajaan dan prejudis terhadap parti pembangkang sehingga ke tahap mencabar pembangkang memulaukan pilihanraya kali ini.
Apakah ini juga suatu kebetulan?
Penggunaan dakwat pada kuku yang disahkan halal dan boleh mengambil wuduk, dan menjadi cara terakhir memastikan tiada pengundi mengundi lebih daripada sekali dalam satu-satu masa kini sudah dibatalkan.
Menurut sumber, kononnya BN akan menggunakan taktik mengundi dua kali oleh tentera dan polis. Apabila penggunaan dakwat kuku dibatalkan, kini makin kuat sumber itu untuk diterima.
Bukankah penggunaan dakwat bertujuan untuk menghalang pengundi mengundi dua kali? Khabarnya polis dan tentera mempunyai dua nama dalam daftar pemilih. Satu sebagai pengundi pos (polis & tentera) dan satu lagi sebagai pengundi awam.
Apabila, "saat akhir" digunakan, maka sudah tentulah ada muslihat tertentu yang dirancang. Sama seperti arahan mengenakan duti setem, di saat akhir ianya dibatalkan secara lisan oleh Abdul Rashid.
Di saat akhir juga, masa ditambah dua jam sewaktu hari pengundian dalam pilihan raya umum ke 10 dulu.
Di saat akhir jugalah, SPR membenarkan diadakan parti-parti bertanding mendirikan bangsal panas, walhal sebelum itu dilarang. Tapi yang tahu dulu, tetap juga BN.
Inilah kuda tunggangan BN yang memekik melolong kononnya SPR badan bebas. Kononnya SPR pengadil yang adil?
Tetapi, bukan sahaja budak sekolah rendah, barangkali yang dibangku sekolah tadika juga mampu menghidu tindakan jahat Rashid dan SPRnya itu, membodoh-bodohkan pembangkang dengan cadangan dan janji lunak.
Akhirnya, BN juga yang mengauk untung!
Mar 4, 2008
Apa Pula "AGENDA JAHAT" SPR Batal Dakwat Kuku Di Saat-Saat Akhir?
Labels: Belit SPR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment