SPR batal laksana dakwat kuku
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal di kuku atau jari tangan pengundi dalam pilihanraya umum Sabtu ini. - malaysiakini
Mula mula baca tersirap darah ... Tarik nafas, tenang kan fikiran
Sekali lagi kita ditipu oleh pihak SPR. Kali ini pembatalan penggunaan dakwat jari. Ianya adalah satu tindakan yang mengejutkan kepada kita tetapi sesungguhnya langkah ini sudah dirancang sejak awal. Adalah mustahil untuk SPR merubah pada saat akhir peraturan yang sudah dibuat bertalu talu dan berturutan kerana ia bakal merosakkan nama dan kredibiliti SPR. Percaya lah bahawa ia adalah langkah yang dirancang sekiranya satu satu keadaan itu berlaku.
Wak telah dihubungi oleh orang dalam BN dan menjelaskan bahawa keadaan sudah semakin genting. Perubahan sikap rakyat malaysia cukup cukup membimbangkan Pemimpin BN. Kita tahu bahawa saban hari perhimpunan dan ceramah diadakan. Para SB melapurkan setiap perkembangan perhimpunan kepada ibu pejabat. Rating penonton berita dan TV semakin kurang yang berminat untuk menonton berita TV. Ini menjelaskan bahawa rakyat sudah beralih arah, propaganda kerajaan tidak mendatangkan hasil.
Jangkaan Pemimpin BN, kalau pengundi atas pagar dan mereka yang tidak keluar mengundi sebelum ini berubah sikap ..... Mereka nahas.
Kelainan sudah berlaku. Bersatunya 3 bangsa di dalam kelompok pembangkang, kehadiran yang sungguh memeranjatkan dan kesungguhan rakyat di dalam menuntut keadilan telah menjadi punca perubahan saat akhir dilakukan.
Maka ... pembatalan dakwat Jari digunakan untuk melunturkan semangat rakyat AGAR TIDAK KELUAR MENGUNDI. Baru petang tadi dihebahkan, sudah ada pihak yang kecewa dan tidak mahu mengundi. Tanpa kita sedari, ini lah sebenarnya yang mereka mahu. Penyokong Pembangkang Hilang semangat.
Undian pasti dijalankan dan wang pertaruhan sudah pun dibayar. Silap percaturan, akan menimbulkan implikasi yang kita sendiri tidak tahu. Kegagalan rakyat keluar mengundi akan memberikan keuntungan kepada BN. Ruang kosong itu akan digunakan oleh mereka sebaik mungkin.
Apa yang harus kita lakukan sekarang adalah, pasang telinga, tunggu arahan dari pemimpin BARISAN RAKYAT. Kalau boikot ... kita boikot. Kalau teruskan perjuangan ... maka kita perlu terus perjuangan.
Kajian sudah dibuat dan sekiranya,
- jumlah yang keluar mengundi adalah ramai;
- pengundi atas pagar menyebelahi BA, dan;
- yang dahulunya tidak keluar mengundi kini hadir mengundi;
Wajah pendatang asing mudah dikesan dan keadaan berjaga jaga wakil parti pembangkang akan menyebabkan mereka ini gagal untuk membuat sebarang langkah penipuan. Berani kerana benar dan kalau mereka melakukan kesalahan, ianya pasti mudah untuk dikesan. Kekalahan yang lepas adalah BERPUNCA dari kurangnya jumlah yang turun mengundi. Akibatnya kekosongan itu dipenuhi oleh pengundi lain. Pada tahun 2004, kegagalan mengesan nama menjadikan rakyat bosan dan pulang tanpa membuat undian.
Bukan mudah untuk menipu kawan..... riak dan aksi akan jelas kelihatan.
Kekal kan iman, teruskan perjuangan. Itu adalah tanggung jawab kita. Jangan biarkan kita ditipu dengan berita dan langkah provokasi seperti ini. Kerah semua orang keluar untuk mengundi dan ingat ... bantuan untuk memantau bagi pihak Barisan Rakyat amat dialu alukan. Sesungguhnya Perjuangan itu bukan perkara yang mudah. Ada orang yang terpaksa merengkok di penjara, dibelasah secukupnya, hilang ahli keluarga, didera dan sebagainya. Kita cuma perlu undi dan pantau.
Biar apa sistem sekali pun....kebenaran pasti akan datang. "KUN FAYA KUN" Kalau Allah swt mahu ianya jadi, maka jadilah ia. Keluar beramai ramai. Gemparkan pengkhianat pengkhianat yang ada.
LAWAN ..... TETAPI ..... LAWAN !!!
0 comments:
Post a Comment