Warga Burma dibawa masuk ke Pekan untuk jamin kemenangan Najib - Syed Husin
Wan Nordin Wan Yaacob
harakahdaily
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Hrkh) - Mengikut sumber yang dipercayai, beratus pengundi luar dari Burma melalui Kedah telah dimasukkan ke dalam daftar pengundi untuk kawasan Parlimen Pekan, dakwa Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dr syed Husin Ali dalam satu kenyataanya hari ini.
Menurut Syed Husin, sumber yang mengetahui perkembangan itu menganggap tujuannya ialah untuk menjamin kemenangan besar bagi calon Umno/BN di Parlimen Pekan, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Pada Pilihan Raya 1999 Najib menang dengan majoriti hanya 241 undi, namun pada pilihan raya 2004, beribu pengundi pos tentera dibawa masuk ke Pekan, katanya.
"Kemenangan Najib bagi tahun 2004 jauh lebih besar. Kali ini ceritanya berlainan.Adalah dipercayai dalam fasa pertama 200 keluarga dibawa masuk ke Kampung Baru Cenderawasih.
"Kampung ini dibangunkan dengan bantuan jabatan-jabatan kerajaan tanpa memerlukan usaha dari pendatang tersebut. Mereka diberi rumah percuma, tanah dua ekar percuma yang ditanam dengan nenas dan bantuan RM300 sebulan dari jabatan kebajikan masyarakat," dakwa dr Syed Husin.
Didapati bahawa kad pengenalan bagi mereka ini dikeluarkan di Putrajaya, dakwanya.
Kod yang digunakan bagi kad pengenalan mereka ialah untuk Kedah, akan tetapi mereka didaftarkan sebagai pengundi di Pekan, katanya.
Sumber yang dipercayai memberitahu KeADILan bahawa tidak kurang dari 2000 pengundi seperti ini telah didaftarkan di kawasan-kawasan mengundi yang berlainan di seluruh Pekan.
PAS pernah membuat bantahan tiga kali terhadap sesetengah nama baru yang dimasukkanapabila senarai pengundi dipamerkan, katanya.
Beberapa nama pengundi berjaya dikeluarkan kerana orangnya tidak dapat dicari, katanya.
"Akan tetapi dipercayai banyak lagi nama masih belum dikeluarkan Mereka ini akan dibawa untuk mengundi pada 8 Mac ini.Nampaknya satu penipuan besar sedang berlaku," ujarnya.
Dalam pada itu, sekumpulan anak-anak Pekan membuat bantahan atas perkara yang lain, katanya.
"Mereka membantah mengapa 200 keluarga luar ini diberi rumah dan tanah percuma. Ahli-ahli PLKN pula digunakan untuk membersihkan kawasan serta rumah yang akan didiami keluarga-keluarga luar itu.
"Layanan sangat isimewa ini tidak pernah diberikan kepada anak-anak Pekan sendiri. Mengapakah mereka orang luar diberi layanan sebegitu istimewa? Apa sebab anak-anak tempatan tidak mendapat layanan yang serupa?," soalnya.
Malaysiakini pula melapurkan ......
PKR dakwa pendatang Burma didaftar di Pekan
malaysiakini
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa beratus-ratus pengundi luar dari Burma telah dimasukkan ke dalam daftar pengundi bagi kawasan Parlimen Pekan.
Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata pihaknya mendapat maklumat tersebut daripada sumber-sumber yang sangat dipercayai.
"Mereka yang mengetahui menganggap tujuannya ialah untuk menjamin kemenangan besar bagi calon Umno di sana, Najib Abdul Razak," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini
Syed Husin berkata, dalam pilihanraya 1999, Najib menang dengan majoriti hanya 241 undi.
"Selepas itu beribu pengundi pos tentera dibawa masuk. Kemenangan Najib bagi tahun 2004 jauh lebih besar. Kali ini ceritanya berlainan," tegasnya.
Syed Husin mendakwa, dipercayai dalam fasa pertama, 200 keluarga dibawa masuk ke Kampung Baru Cenderawasih.
'Disedia rumah'
Menurutnya, kampung tersebut dibangunkan dengan bantuan jabatan-jabatan kerajaan tanpa memerlukan usaha dari pendatang tersebut.
"Mereka diberi rumah percuma, tanah dua ekar percuma yang ditanam dengan nenas dan bantuan RM300 sebulan dari jabatan kebajikan masyarakat.
"Didapati bahawa kad pengenalan bagi mereka ini dikeluarkan di Putrajaya. Kod yang digunakan bagi kad pengenalan mereka ialah untuk Kedah, akan tetapi mereka didaftarkan sebagai pengundi di Pekan," tambahnya.
Syed Husin juga berkata, sumber yang dipercayai memberitahu pihaknya bahawa tidak kurang dari 2,000 pengundi seperti itu telah didaftarkan di kawasan mengundi yang berlainan di seluruh Pekan.
"PAS pernah membuat bantahan tiga kali terhadap sesetengah nama baru yang dimasukkan, apabila senarai pengundi dipamerkan.
"Beberapa nama pengundi berjaya dikeluarkan kerana orangnya tidak dapat dicari. Akan tetapi dipercayai banyak lagi nama masih belum dikeluarkan.
Penduduk bantah
"Mereka ini akan dibawa mengundi, kita tahu untuk siapa pada 8 (Mac) ini. Nampaknya satu penipuan besar sedang berlaku," tambahnya.
Dalam pada itu, Syed Husin berkata, sekumpulan anak-anak Pekan telah membuat bantahan mengapa 200 keluarga luar ini diberi rumah dan tanah percuma.
"Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pula digunakan untuk membersihkan kawasan serta rumah yang akan didiami keluarga-keluarga luar itu.
"Layanan sangat istimewa ini tidak pernah diberikan kepada anak-anak Pekan sendiri. Mengapakah mereka orang luar diberi layanan sebegitu istimewa?
"Apa sebab anak-anak tempatan tidak mendapat layanan yang serupa?" soal Syed Husin.
Mar 4, 2008
NAJIB TERDESAK GUNA PENDATANG MYANMAR
Labels: Belit Najib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment