kisah pecah tanah 3 kali
bumilangit.wordpress
MB ‘pretty boy’ di majlis menetukan arah kiblat masjid alhidayah, melawati
Masjid baru untuk warga Melawati bukanlah isu baru, seawal tahun 1997 lagi sudah kedengaran khabar angin yang akan dibina masjid baru untuk menggantikan Masjid Al Hidayah yang merupakan pada awalnya hanyalah sebuah surau yang dinaik taraf. Malah, tapak masjid sudah ditetapkan di padang bola Jalan K. Ada warga Melawati yang sudah hilang sabar menunggu peruntukkan pemerintah, bertindak mengadakan tabung untuk mengumpul sendiri dana bagi membangunkan tempat ibadat umat Islam hingga isu ini menarik minat pemberita TV3. Setelah beberapa kali gotong-royong membersihkan tanah dan tiga kali majlis pecah tanah, apa yang ada sekarang cuma papan tanda ‘tapak masjid’ yang lebih besar dan cantik ditepi padang bola Jalan K. Untuk rekod, kali terakhir majlis pecah tanah diadakan ialah pada 10 November 2007 yang dirasmikan oleh bekas wakil rakyat DUN Hulu Kelang; Ahmad Bujang.
Yang terbaru, pada 3 Mac 2008, lima hari sebelum hari pembuangan undi, Dato’ Seri Dr Haji Mohd Khir Toyo pula berkenan untuk merasmikan majlis menentukan arah kiblat masjid Al hidayah baru. Hadir bersama ialah calon-calon wakil rakyat BN/Umno di Parlimen Gombak. Sekali lagi mereka memukul canang projek pembinaan masjid.
Kertas plan pembinaan bangunan masjid dibuka semula seperti semasa kempen pilihanraya tahun 1999 dan 2004. Tanpa rasa malu, mereka mengulangi janji mereka untuk membina rumah ibadat ini, buat kali ketiga. Selepas sepuluh tahun, umpan yang sama, “undi BN dapat masjid, undi BN dapat masjid”. Akhirnya, masjid kini hanyalah menjadi barang permainan politik yang boleh diacah-acah.
Namun selepas 10 tahun BN memungkir janji, tak mungkin rakyat akan termakan umpan ini lagi. Berhentilah mempermainkan masjid, rumah ibadat umat Islam.
No2umnO - Best cerita ni. Orang UMNO sibuk pecah tanah, kita pecah rahsia, pecah cerita. Biar mereka pecah kepala.
Mar 4, 2008
TEMPAT SERUPA, BN PECAH TANAH 3 KALI
Labels: Belit BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment