sanggahtoksago
By TARMIZI MOHD JAM
SUNGGUH menggemparkan. Aib, aib, aib bagi sang calon bernama Datuk Saad Man untuk kerusi Dun Jitra, Kedah. Kreadibilitinya jatuh berkecai bak kaca jatuh ke lantai besi!
Dato' Saad Man nampaknya terpaksa berdepan dengan isteri sendiri, Ku Fatimah Ku Yaakob yang berkempen di atas pentas PAS.
Sebelum ini, calon BN di Dun Bukit Pinang dikaitkan dengan kes pecah amanah koperasi guru, seorang kepimpinan tertinggi BN pula didakwa melarikan RM 400 ribu wang zakat negeri Kedah dan akan ada pendedahan selepas ini mengenai hubungan sulit dengan wanita dan perlakuan zina calon BN.
Sementara itu, Ku Fatimah Ku Yaacob (isteri Saad) mengajak rakyat Kubang Pasu menolak calon BN itu atas alasan beliau adalah seorang yang tidak bertanggungjawab, gagal menjalankan amanah sebagai ketua keluarga dan tidak mengambil peduli kebajikan rumahtangga.
Menurut Ku Fatimah, sekalipun hayat perkahwinan mereka menjangkau usia 34 tahun, sejak 20 tahun lalu, Saad tidak pernah menjenguk beliau dan empat anak mereka atau bertanya khabar melalui telefon.
Dalam tempoh itu, Saad hanya pulang ke rumah di hari majlis akad nikah dan kenduri perkahwinan anak perempuan sulung mereka lima tahun lalu.
Katanya, ini bukan soal perbadi semata-mata, dia tidak pernah dengki melihat Saad berjaya dalam bidang yang ceburi, tetapi beliau merasakan bertanggungjawab untuk memberitahu pengundi di Jitra bahawa Saad bukanlah orang yang layak untuk diangkat sebagai pemimpin.
"Keluarga sendiri pun dia tak boleh jaga, bagaimana pula dia nak jaga hampir 26,000 pengundi di Jitra ini." tegasnya lagi.
Ku Fatimah dan Saad adalah pasangan suami isteri dari kampung yang sama di Kampung Hilir, Kepala Batas di sini, dikurniakan empat anak dan telah memiliki tiga orang cucu.
"Cucu pun dah tiga orang, bayangkanlah sekali pun dia tak pernah tengok cucu dia sendiri, saya tak mahu cerita hal-hal lain, harap rakyat dapat menilai dan tidak memilih dia sebagai wakil mereka dalam pilihan raya kali ini," ujar beliau.
Ku Fatimah mendedahkan demikian dalam pertemuan di rumah emak saudaranya di Kampung Bukit Tinggi, Kepala Batas.
Dalam pertemuan singkat itu, Ku Fatimah beberapa kali terhenti berbual sambil mngesatkan air mata apabila menceritakan kembali hubungan anak-anaknya dengan Saad.
Dari apa yang didengar, jelas Saad tidak mengambil berat soal membesarkan anak-anaknya dan sering kali juga bercakap tidak benar dengan mereka.
Nama Saad tidak disenaraikan sebagai calon BN di Kedah ketika pengumuman dibuat oleh Mahdzir Khalid pada 21 Februari lalu di Sri Mentaloon, tetapi tiba-tiba saja disebut pada malam 23 Februari lalu.
Mahdzir mengumumkan calon BN di Dun Jitra adalah Aman Khan Hussain, akhbar dan laman web Kerajaan Kedah, Kedah Online juga mencatatkan Aman sebagai calon.
Difahamkan Aman ada bertemu Saad dan meminta menyokong serta membantu beliau yang terpilih sebagai calon di Jitra, bagaimanapun Saad tidak memberikan reaksi positif.
Ada dua sebab Saad akhirnya terpilih sebagai calon BN di Jitra, pertamanya sebagai hadiah kepada kejayaan Saad dan rakan-rakannya menjatuhkan Tun Dr. Mahathir dalam pemilihan G7 Umno Bahagian Kubang Pasu pada September 2006 lalu.
Keduanya, Aman terpaksa disingkirkan kerana ada laporan polis mengaitkan namanya terlibat dalam kes pecah amanah ketika beliau sebagai pengerusi salah sebuah koperasi guru.
Saad pernah digantung dari keahlian Umno kerana dikesan cuba mensabotaj kertas penamaan calon Tun Dr. Mahathir dalam pilihan raya umum 1999.
Mar 4, 2008
ISTERI Sendiri Ajak Pengundi TOLAK Calon BN Jitra SAAD MAN!
Labels: KEMANA UMNO NAK PERGI?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment