KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 14, 2008

BENTERAS USAHA SI BAPA BERUK ( SBB ) MERASUAH PENGUNDI

aminiskandar

Artikel ini ditulis oleh pembaca blog amiiskandar.wordpress yang bernama Imza Ron.

-----------------XX-----------------

Salam Amin Iskandar @AI Black,

Dalam menangani segala kemungkinan bagi menghadapi PRU 12, perlu ada satu usaha dari penggerak reformasi membuat laporan-laporan polis dan BPR atas usaha-usaha SBB anak Jamaluddin Rombau menawarkan rasuah kepada para pengundi untuk balik ke Tanah Rendah Sekebun Bunga Serambi Mekah.

Kumpulkan bukti-bukti bahawa ini usaha-usaha ini akan memberikan satu keadaan kekacauan yang hebat di negeri yang aman sekali di Malaysia.Disamping itu kemungkinan taktik menawan Trengganu akan berulang lagi. Bayangkan dalam keadaan yang sibuk hi hari kempen dan pilihanraya, jika perkara ini dibenarkan berlaku, akan mendatangkan musibah yang amat besar malah rusuhan dan kekacauan yang sengaja di ada-adakan oleh mereka ini akan memberi kelebihan kepada SBB dan balaci-balacinya membuat huru hara.

Andaikata pihak Polis dan BPR tidak mahu mengendahkan perkara ini kita laporkan kepada umum melalui internet dan melalui saluran-saluran yang boleh sampai ke pengetahuan rakyat bahawa terbukti PDRM dan BPR sudah tidak relevan dengan zaman ini, dan membuktikan bahawa kedua-dua agensi yang sepatutnya menjaga keamanan negara adalah sebenarnya korup dan tidak boleh dipercayaai lagi. Lihat saja dengan kes yang sedang dalam perbicaraan sekarang ini ALTANTUYA DAN VK LINGGAM, kedua-dua kes ini membuktikan bahawa TINDAKAN kedua-dua agensi ini boleh di persoalkan. Dari kes pembunuhan oleh anggota Polis dan pihak yang bertanggungjawab mencegah rasuah telah melakukan perkara-perkara yang berlawanan dengan nilai aspek tanggungjawab mereka. Polis membunuh dan BPR merasuah saksi. YANG PENTINGNYA BUKAN PIHAK BARISAN ALTERNATIF YANG MEMERINTAH DAN MENGUASAI AGENSI-AGENSI TERSEBUT MALAH KEDUA-DUA AGENSI TERSEBUT DIBAWAH KEKUASAAN BN, UMNO DAN KONCO-KONCONYA.

Jangan ada dikalangan mereka UMNO yang cuba menonjolkan imej tidak hitam dan tidak putih mereka dengan mengatakan mereka adalah juara membela rakyat. Ini merupakan pembohongan yang besar bahkan merekalah sebenarnya yang MEMBALUN RAKYAT. Sedarkan rakyat bahawa PRU 12 ini merupakan perangkap besar yang menunggu rakyat. Kita akan lihat jika mereka diberikan kepercayaan sekali lagi dalam PRU 12 nanti, hadiah yang akan menunggu rakyat adalah kenaikan harga minyak petrol, kenaikan harga barangan keperluan harian, kenaikan tarif elektrik dan air, golongan asnaf yang lapan perlu juga diingatkan bahawa sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini tidak akan ada agihan zakat yang adil di semua negeri-negeri yang BN kuasai. Kerana sekarang ini pun ada wang baitulmal digunakan apabila setiap kali wakil rakyat UMNO membuat lawatan kekawasan mereka.


Cik gu Bard dan lain-lain aktivis angkatan muda diharap segera bertindak dengan saranan ini. Ini zaman digital, kumpulkanlah bukti dengan kemudahan-kemudahan yang ada.

Akhir sekali, Lawan tetap Lawan ….. Allahu Akbar..Allahu Akbar…Allahu Akbar..
Semoga perjuagan yang kita yakini suci ini mendapat keredhaan Allah hendaknya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive