KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 14, 2008

UTUSAN MELOYA JADI UMPAN PILIHANRAYA

Firdaus taja RM10,848 akhbar Utusan Melayu Mingguan, ADaP

REMBAU 13 Feb. - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk Firdaus Harun hari ini menaja akhbar Utusan Melayu Mingguan dan sisipan ADaP bernilai RM10,848.

Menurut Firdaus, tajaan yang dibuat itu merupakan kesinambungan selepas menyaksikan 98 pelajar di daerah Rembau memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berikutan penggunaan sisipan ADaP dalam kaedah pembelajaran mereka di sekolah.

"Kita percaya melalui sisipan ini pelajar akan mendapat pendedahan berguna dengan menggunakan ADaP dalam pembelajaran di sekolah.

"Kita percaya pelajar yang akan memperoleh keputusan cemerlang akan meningkat lagi pada tahun ini," katanya di sini hari ini.

Penyerahan tajaan itu dibuat Firdaus kepada Eksekutif Pemasaran Zon Tengah Tiga, Utusan Melayu (M) Berhad, Ajani Basri pada majlis anugerah kecemerlangan pelajar UPSR untuk sekolah-sekolah daerah Rembau di sini hari ini. Hadir sama guru besar Sekolah Kebangsaan Astana Raja, Samsiah Md. Noh.

''Saya berharap dengan adanya tajaan ini, ia akan meningkatkan lagi pencapaian pelajar. Semoga pelajar di daerah Rembau dapat manfaat daripada sisipan ADaP ini serta menunjukkan minat mendalam untuk belajar dan menjadi cemerlang.

''Dengan tajaan akhbar Utusan Melayu Mingguan ini juga, pelajar boleh meningkatkan penguasaan dalam tulisan Jawi serta mahir membaca Jawi pada masa hadapan. Tajaan ini melibatkan 23 buah sekolah di daerah Rembau," ujar Firdaus.

Sementara itu, Ajani berkata, ini merupakan tajaan bagi tahun ketiga yang dilakukan oleh Firdaus untuk memastikan pelajaran anak-anak di daerah Rembau ini terjamin dan dapat dipertingkatkan mutunya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive