Pendapat Setelah isu jam yang dipakai oleh bininya yang cantik jelita itu berjumlah hampir dengan nilai empat buah rumah murah yang setiap satu dikira berharga RM45 ribu, khabarnya pemberian Patrick Badawi. Sudah tersebar akan kisah bini cantiknya diberikan beg tangan bertatah emas pertama berharga tidak kurang RM600 ribu oleh seorang adik Ketua Menteri.
Oleh Sang Kelembai
Di bawah pentadbiran The Invisible Government Kerajaan tiga beranak dalam berbagai kenaikan harga barang keperluan makanan sampailah kepada bahan bakar, rakyat seperti tidak hendak mengambil tahu bahawa setiap sesuatu itu adalah untuk memberikan keuntungan kepada kroninya.
Contohnya kenaikan harga minyak dengan alasan membantu meningkatkan pengangkutan awam dari berapa jumlah ratusan juta yang terkumpul dari penghapusan subsidi kertas itu, berapa banyak syarikat Scommi milik anaknya berkepentingan mendapat nikmat dari subsidi itu, dari membekal gerabak KTM, membekal Bas Rapid buatan China untuk Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sehinggalah Abdullah Hj Ahmad bersetuju projek monorel di Putrajaya ditangguhkan sementara Scommi sudah bersedia membekal gerabak monorel dan melaksanakan projek monorel di Pulau Pinang.
Namun demikian, rakyat seperti masih tidak mengerti dan menerima sikap Abdullah Hj Ahmad kecuali sebahagian besar orang yang cerdik dan faham tidak seperti ahli-ahli UMNO terhadap fenomena turunnya populariti UMNO kerana sikap Abdullah Hj Ahmad dalam berbagai hal yang tersiar dalam media alternatif terutamanya dalam Internet khasnya dalam isu rasuah yang didalanginya sendiri.
Setelah isu jam yang dipakai oleh bininya yang cantik jelita itu berjumlah hampir dengan nilai empat buah rumah murah yang setiap satu dikira berharga RM45 ribu, khabarnya pemberian Patrick Badawi. Sudah tersebar akan kisah bini cantiknya diberikan beg tangan bertatah emas pertama berharga tidak kurang RM600 ribu oleh seorang adik Ketua Menteri.
0 comments:
Post a Comment