KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 14, 2008

BERITA BANGANG DARI MEDIA ARUS PERDANA

Hanya Yang Mampu Berkhidmat Akan Dicalonkan - PM

KUALA LUMPUR, 14 Feb(Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata Barisan Nasional (BN) akan memastikan hanya calon yang mampu berkhidmat kepada rakyat secara jujur, berwibawa dan efisien akan dicalonkan dalam pilihan raya umum ini.

Perdana Menteri berkata ini bagi membuktikan kepada rakyat bahawa parti itu serius dalam menjalankan tanggungjawab untuk membangunkan negara dan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020.

"Pada masa yang sama kami sedar yang kami perlu bekerja lebih keras kerana kami telah menambah nilai terhadap apa yang kami buat.

"Ini amat penting kerana apa yang kami mahu ialah kemajuan untuk rakyat. Inilah komitmen kami," kata Abdullah yang juga pengerusi BN pada sidang akhbar di sini selepas mempengerusikan mesyuarat majlis BN.

Perdana Menteri berharap rakyat akan mengundi BN sekali lagi dalam pilihan raya umum kali ini dan memberikan mandat baru kepada parti untuk membolehkannya memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. ..... Bla bla bla

No2umnO - Nak kata bodoh, tapi jadi wartawan. Kalau setakat catit apa orang kata dan siarkan, tak payah belajar tinggi tinggi. Bawa kamera atau perakam suara, pergi ke sidang media atau bertemu pemimpin dan rakamkan bualan. Lepas tu catit semua dan siarkan. Ini lah etika wartawan Malaysia yang makannya disudu dan minumnya dituang. Editor nya pun satu hal. Tak guna akal. Terima lapuran dan berita, Lepas tu cetak dan siarkan. Jual akhbar tabur fitnah atau penipuan. Blogger pun boleh buat kerja cam ni.

Parlimen di bubarkan pada 13hb Februari, berita diatas disiarkan pada 14hb Februari. Kalau dah Parlimen di bubarkan, malaysia tiada Perdana Menteri. Kita hanya boleh sebut Dollah Badawi atau Jawatannya di dalam parti. Bila berita masih menyiarkan jolokan Abdullah Badawi sebagai Perdana menteri..... memang lah salah. Tak kan itu pun nak kena ajar? Atau BERNAMA memang lidah BARUA Barisan Nasional.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive