KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 14, 2008

Wilayah Autonomi Melayu Islam Siam?

sebolku

Hari ini, walaupun negara Malaysia sibuk dengan pembubaran Parlimen, saya tertarik dengan berita Ura-ura Autonomi di Selatan Thai.

Di Selatan Thai, terdapat 3 wilayah Melayu Islam yang lupa untuk dimerdekakan oleh orang orang UMNO hanya kerana 3 wilayah itu dibawah jajahan Siam dan bukannya British.

Menurut sejarah, wujud kesultanan Melayu disitu, yang tiada bezanya dengan kesultanan melayu di negeri melayu yang ada Sultan.

Sebelum kedatangan Inggeris, terdapat banyak negeri-negeri melayu yang mempunyai kesultanan sendiri, maksudnya, ada banyak negeri melayu yang merdeka tanpa dijajah oleh mana-mana kuasa penjajah.

Negeri Kedah, Negeri Perak, Johor semuanya negeri yang merdeka diperintah oleh Sultan masing masing, dan kesemua negeri itu berkawan dengan negeri melayu yang lain. Tiada pula kedengaran Sultan kedah ingin menyerang sultan perak untuk membesarkan negerinya.

Di Indonesia juga terdapat kesultanan melayu, sebagai contoh kesultanan Siak.

Di Aceh, ada kesultanan Acheh, tak pasti boleh dikategorikan sebagai kesultanan melayu atau tidak.

Dipendekkan cerita, Siam cuba meluaskan empayarnya dengan menyerang kedah, dan telah menawan 3 wilayah yang kini masih jajahan siam.

Oleh kerana adanya Inggeris, maka dengan perjanjian Bangkok, antara Inggeris dan Siam, maka Kedah dilepaskan oleh Siam dengan syarat Inggeris tidak mengganggu 3 wilayah yang diambil leh Siam sebelum ini. Engkau ambil sebelah sini, Aku ambil sebelah sana" 10 mac 1909

Sehingga itu, 3 wilayah itu masih lagi dibawah jajahan Siam.

Sebelum itu, Inggeris membuat perjanjian dengan belanda "Engkau ambil sebelah sini, Aku ambil sebelah sana", 1824.

Persekutuan tanah melayu 1948 terbentuk hadih dari beberapa perjanjian "Engkau ambil sebelah sini, Aku ambil sebelah sana", yang menyebabkan Negeri-Negeri Melayu tidak duduk dibawah satu kolonial yang sama.

Oleh kerana banyak negeri melayu duduk di bawah Inggeris, maka bila merdeka 1957, hanya yang bawah Inggeris sahaja yang merdeka.

Oleh kerana negeri melayu di sebelah kawasan belanda telah di"merdeka"kan menjadi Indonesia, apabila Belanda lari dan jepun menyerah kalah.

Ini topik melayu siam, jadi lupakan dahulu soal melayu indonesia.

Apabila UMNO ditubuhkan, saya pernah terbaca buku lama, yang mengatakan salah satu tujuan penubuhan UMNO ialah membela nasib melayu termasuk di selatan thai. Namun itu semua dilupakan kerana sasaran "Merdeka" telah dicapai dengan menjual kerakyatan secara murahan.

Jadi siapa nak bela nasib melayu yang masih dibawah jajahan siam?
Hanya penduduk situ sahaja yang pergadai nyawa untuk memerdekakan diri mereka. Mana pergi kawan-kawan kesultanan melayu yang lain?

Kesultanan melayu telah dikurangkan kuasanya oleh "Demokrasi" dan Perlembagaan Malaysia.

UMNO tak perlu membebaskan selatan thai untuk berkuasa di Malaysia. Pembangkang pun tak menyalahkan UMNO kenapa lupa nak bela nasib orang melayu yang masih dijajah. UMNO pun tak berusaha untuk memulihkan kuasa Sultan yang telah dirampas Inggeris suatu ketika dahulu.

Oh, Kalau UMNO memberi kuasa yang lebih kepada Sultan, maka mereka akan kehilangan kuasa.

Adakah DAP pula hendak memperjuangkan nasib orang melayu selatan thai?

Akan tetapi, akibat dari pergolakan di selatan thai, pemikir thai memikirkan bahawa autonomi mungkin menyelesaikan pergolakan.

Saya menyambut baik cadangan Menteri Dalam Negeri thai, Chalerm Yubamrung untuk mengautonomikan selatan thai sebagai satu batu loncatan untuk merdeka. Akan tetapi, rasanya eloklah dimerdekakan sahaja 3 wilayah melayu selatan thai itu

Pada 10 mac akan datang, genap 99 tahun 3 wilayah melayu selatan thai itu dijajah secara rasmi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive