KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 14, 2008

POLIS DAN RASUAH BAGAIKAN KEMBAR SEIRAS

ASP tidak mengaku salah makan suap

JOHOR BAHARU: Seorang Penolong Penguasa Polis. Khamis, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesysen di sini terhadap dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM80,000 lebih setahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, ASP Abdullah Mohamad, 51, dari Bandar Baru Uda didakwa menerima suapan sebanyak RM50,000 daripada Yu Kim Fook dari Taman Bukit Jaya, Ulu Tiram sebagai dorongan untuk melepaskannya yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada pukul 3.30 petang, 5 Dis 2006 lalu.

Bagi pertuduhan kedua, bapa kepada empat orang anak itu didakwa bersubahat dengan Lans Koperal Abdul Rahim Samsudin untuk memperoleh suapan sebanyak RM30,000 daripada Yu di Taman Daya, pada kira-kira 9.30 malam, 8 Dis 2006 bagi tujuan yang sama. More..


DAN

Tiga anggota polis dan seorang anggota kastam dituduh rasuah

KLANG: Tiga anggota polis berpangkat Lans Koperal dan seorang penguasa kastam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan berasingan menerima rasuah.

Tiga anggota polis berkenaan adalah Mohamad Nor Abdullah, Zakaria Othman dan Baharom Md Ludin manakala penguasa kastam adalah Elango a/l Kaliani Sundram dari Wisma Kastam, Pelabuhan Klang.

Mohamad Nor menghadapi tiga tuduhan iaitu pertama, meminta suapan wang RM2,000 daripada Tan Wee Chee dan Mohd Yusof Saad pada 18 Feb 2006 di Kampung Pasir Tuntong Bukit Rotan Kuala Selangor antara pukul 3 hingga 5 pagi supaya tidak mengambil tindakan ke atas mereka berdua yang mengambil kerang tanpa lesen. More...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive