KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 14, 2008

Jenayah meningkat, polis salahkan rakyat

Indeks jenayah meningkat 7.12 peratus
detikdaily

KUALA LUMPUR - Indeks jenayah yang meningkat tahun lepas sebanyak 7.12 peratus atau 14,910 kes kepada 224,298 kes berbanding tahun sebelumnya sebanyak 209,388 kes, merupakan cabaran utama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam agenda mewujudkan sebuah negara selamat bagi memacu pembangunan negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini.

Justeru, beliau meminta segenap lapisan masyarakat supaya mengubah sikap yang enggan menyalurkan maklumat atau bekerjasama kepada polis terhadap sesuatu kes.

"Sikap kurang prihatin masyarakat menjadikan banyak kes yang berlaku sukar diselesaikan berikutan kurangnya maklumat yang diperolehi dari saksi," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Bukit Aman di sini.

Beliau berkata walaupun PDRM diberikan peruntukan yang banyak bagi memperkasakan kemudahan dan pemodenan pasukan sebagai langkah membendung jenayah, namun ia tidak akan mencapai tahap optimum dalam tugas membanteras jenayah tanpa sokongan dan kerjasama daripada masyarakat.

Musa berkata sikap pentingkan diri sendiri, "tidak mahu menjaga tepi kain orang" tidak akan dapat membantu dalam merealisikan hasrat mewujudkan kawasan selamat dan sudah tiba masanya tugas membanteras jenayah dilakukan bersama-sama antara masyarakat dan polis.

"Kita perlukan bantuan masyarakat kerana kita perlukan saksi yang nampak kejadian jenayah kerana semasa berlaku jenayah, polis tiada di tempat kejadian," katanya.

Sehubungan itu beliau mengarahkan semua Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah supaya sentiasa bertemu dan berhubung rapat dengan masyarakat sekeliling bagi mendengar masalah jenayah yang berlaku di satu-satu kawasan itu.

"Semua ketua polis negeri dan daerah perlu ubah persepsi, sentiasa turun padang dan jangan hanya duduk di dalam pejabat... bertemu rakyat," katannya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive