Pengerusi MIC Johor, YB Mahkota undur
Berita Hairan
JOHOR BAHRU: Pengerusi MIC Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas, Datuk K S Balakrishnan serta Adun Mahkota, Datuk Gapar Gurrohu mengumumkan tidak akan bertanding mempertahankan kerusi masing-masing pada pilihan raya akan datang.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman ketika mengumumkan perkara berkenaan, berkata kedua-dua Adun berkenaan sudah menemuinya dan menyatakan kesediaan untuk tidak bertanding atas faktor kesihatan selain memberi laluan kepada muka baru.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua atas perkhidmatan sebagai Adun di kawasan masing-masing dan kedua-duanya, berjanji terus bekerja membantu jentera pilihan raya di kawasan masing-masing,” katanya di sini, semalam.
Balakrishnan, 64, memegang jawatan sebagai Adun sejak lima penggal serta dua penggal dipilih sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco).
Feb 14, 2008
UNDUR, DIUNDURKAN ATAU TIDAK YAKIN?
Labels: Belit MIC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment