Dr Abu 'Abqari
harakahdaily
Saudara Pengarang,
Assalamulaikum,
Gendang plihan raya dengan rasminya telah dilaungkan oleh (x) Perdana Menteri Malaysia. Walaupun beliau berkata ini semua khabar angin yang indah, menafikan sekeras-kerasnya, namun keesokannya beliau mengiyakan bahawa medan pilihan raya telah dibuka.
Saya sendiri tidak tahu gelaran apa yang sesuai untuk disifatkan ke atas (x) Perdana Menteri ini. Memang kata-katanya tidak boleh dipercayai, seolah-olah seperti haiwan dua alam.
Apabila saya melangkah masuk ke hospital, melihat pesakit yang parah, terlantar di atas katil, dengan tiub di mulut, bernafas dibantu ventilator, wayar bersimpang siur, ubat dimasukan melalui salur darah, saya terbayangkan kerajaan yang memerintah.
Begitulah tenatnya kerajaan sekarang yang penuh dengan penyakit.
Korupsi, salahgunakuasa, rendah akhlak dan moralnya, pentingkan diri, samseng dan banyak lagi penyakit kronik yang sudah tidak ada penawar lagi seperti penyakit Aids.
Kita sebagai golongan marhaen, yang hanya menjadi mangsa kepada semua polisi yang ditetapkan tanpa ada bangkangan kerana hanya mereka yang menguasai kandang Parlimen.
Kerajaan BN bagaikan tubuh berpenyakit
Kalau ikut hukum perubatan, penyakit yang sudah sampai 'terminal stage' kita hanya berikan rawatan paliatif; rawatan untuk meringankan beban kesakitan dan derita pesakit.
Begitulah juga dengan kerajaan kini yang sedang menghitung hari yang dijanjikan.
Ada penyakit seperti kaki gangren (kaki kencing manis) ubatnya adalah potong kaki, kena buang bahagian yang rosak kerana ia menjadi punca penyakit tidak dapat disembuhkan.
Maka, kerajaan yang ada, mesti dibuang segala penyakit yang telah rosak dan gangren kerana selagi mereka ada, selagi itulah masalah ini tidak akan selesai.
Mari kita ambil isu kenaikan harga barang sebagai contohnya. Antara ribuan isu yang membelenggu rakyat, mereka menidakkan bahawa harga boleh diturunkan, sehingga ada yang mengatakan negara akan bankrap.
Ini contoh pemikiran gangren yang mesti dibuang dan dicuci. Korupsi juga mesti diamputat dari kerajaan yang ada.
Tetapi, rawatan yang terbaik adalah kita biarkan saja pesakit ini pergi dengan aman. Bacakan Yassin, banyakkan zikir, ajarkan syahadah, kerana itu adalah peringatan terbaik buat mereka.
Kita gantikan dengan kerajaan yang baru, kerajaan yang menjanjikan Negara Kebajikan kepada semua.
Justeru, samalah kita rapatkan saf. Keluar barisan, masuk bulatan dan pancarkan cahaya rembulan untuk menerangi semua yang dahagakan kedamaian di sini dan di sana.
Feb 14, 2008
Ucapan Dollah mengenai PRU berbelit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment