KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 14, 2008

PPD Hilir Perak ugut guru

Harakahdaily

BAGAN DATOH, - PAS Kawasan Bagan Datoh kesal dengan tindakan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Hilir Perak, yang mengugut guru-guru di daerah itu supaya tidak menyokong parti pembangkang dalam pilihan raya umum ke-12 tetapi dalam masa sama tidak memberi amaran kepada mana-mana guru yang menyokong Umno/BN.

Demikian ditegaskan oleh Yang Dipertua PAS kawasan berkenaan, Misbahul Munir Masduki, dalam satu perjumpaan dengan wartawan Harakah di sini Ahad lalu.

Menurut beliau, amaran yang dikeluarkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah itu dibuat ketika beliau berucap dalam satu majlis di sebuah sekolah di kawasan DUN Rungkup.

Selanjutnya Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak itu dikatakan telah mengerluarkan arahan lisan kepada pengetua sekolah menengah dan guru besar sekolah rendah di kawasan itu supaya menjemput calon-calon BN merasmikan sebarang aktiviti atau majlis di sekolah terutamanya termasya sukan sekolah.

"PAS Kawasan Bagan Datoh cukup kesal dengan ugutan dan arahan lisan oleh PPD Hilir Perak yang ternyata menyokong BN," ujar beliau.

Sikap PPD daerah itu yang hanya 'membisu' terhadap guru-guru yang menyokong BN tetapi memberi amaran keras kepada guru-guru yang menyokong pembangkang amat tidak wajar, katanya.

"Mengapa guru-guru yang menyokong dan aktif dalam parti pembangkang sahaja yang akan diambil tindakan, tetapi tidak bertindak ke atas guru-guru yang menyokong BN sedangkan mereka juga guru dari kategori A," ujar beliau.


PAS kawasan Bagan Datoh, katanya lagi, boleh membuktikan sudah sekian lama PPD tersebut memegang jawatan dalam parti peringkat bahagian, termasuk juga beberapa orang pengetua dan guru besar bergiat cergas dalam Umno.

"Kalau guru-guru berkenaan boleh menyokong dan aktif dalam Umno, mengapa pula guru-guru lain tidak boleh menyokong dan aktif dalam parti politik pembangkang, sepatutnya jika larangan bergiat dalam parti politik, ianya mestilah selaras, bukan hanya hanya mereka yang menyokong pembangkang sahaja," katanya.

Sehubngan itu beliau mencabar PPD daerah itu agar meletakkan jawatan dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang atas tiket BN, bukannya berselindung di sebalik jawatannnya untuk menunjukkan kuasa terhadap guru-guru yang menyokong parti pembangkang. - mns

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive