KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 14, 2008

PRU 12: WASPADA !!!

Tahun 1999, Pilihanraya UMUM ke 10 adalah sejarah pilihanraya yang diantara terhebat dan sedikit telus. Berlainan dengan PRU ke 11 pada tahun 2004 yang menyaksikan TERLALU BANYAK penipuan dan kekeliruan. Pelbagai taktik digunakan oleh BN dan SPR untuk mengelirukan pengundi. Akibatnya BN telah memenangi majoriti 90% undian. Kekecohan berlaku pada hampir semua tempat dan tidak kurang juga pengundi yang meninggalkan pusat undi dengan kekecewaan akibat tiada nama di dalam senarai pengundi. Tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku pada tahun ini kerana tidak menipu, BN tidak akan menang.

Kebimbangan bertambah tambah apabila berlaku perkara pelik dimana lanjutan perkhidmatan Rashit sebagai Pengerusi SPR. Tempoh terakhir yang digunakan sebagai lesen kambing hitamnya. Dan selepas kekecohan yang dijangka berlaku, akan menyebabkan lanjutan ini terbatal. Apabila Rashit sudah tiada lagi, maka orang ramai dan pengundi nanti akan berhenti menyalahkan Rashit kerana beliau tiada lagi. Berapa banyak imbuhan yang diperolehi, kita tidak tahu tetapi sudah pasti ianya lumayan.

Berhati hati dengan perkara berikut ketika pilihanraya ke 12 ini.

  • Nama tiada di dalam senarai
  • Nama ditukarkan ke pusat undi lain
  • Pengundi luar dibawa masuk menggunakan IC tempatan
  • Penambahan jumlah pengundi dan memusykilkan
  • Kertas undi dibawa keluar
  • Kertas undi ditemui dan bertaburan diluar pusat undi
  • Seorang pengundi memasukkan lebih dari satu kertas undi
  • Seorang pengundi membuang undi ke beberapa pusat undi
  • Pengundi yang bukan penduduk satu satu kawasan
  • Tambahan masa untuk mengundi lebih dari satu pusat undi
  • Jumlah Undi pos yang lebih dari yang sepatutnya
  • Kakitangan SPR yang meragukan
  • Pondok rayu undi berdekatan dengan pintu pusat undi
  • Provokasi jentera UMNO untuk timbulkan kekecohan
  • Ugutan dari peraih undi UMNO kepada pengundi
  • Ugutan untuk tidak keluar mengundi
  • Penguatkuasa yang menyebelahi BN dan tidak adil menimbulkan kemarahan
  • Halangan halangan kepada jentera Barisan Alternatif
  • Ambulan dan kenderaan kerajaan yang masuk ke kawasan undi
  • Jentera UMNO yang membantu pengundi kurang upaya

Apa apa yang tidak di dalam senarai tetapi pernah berlaku pada tahun tahun lepas diharap menjadi ingatan dan anda diminta waspada selalu.

Zaman pemerintahan Abdullah Badawi bakal menyaksikan betapa seorang pemimpin yang gila kuasa melalui satu sistem yang tidak adil. Ini adakah kerana beliau tidak berdaya bertindak kreatif dan bijaksana di dalam pemerintah. Bila manusia bodoh sudah menjadi gila kuasa, maka apa lagi yang ia ada kecuali menipu untuk terus memerintah.

Sejak 5 tahun yang lepas, sudah ditonjolkan sikap sebenar, Abdullah HJ Ahmad Badawi yang disangka sebagai pemimpin ULUL ALBAB, cucu ULAMAK yang kononnya meneruskan perjuangan melalui pemerintahan secara ISLAM, Tetapi seperti langit dan bumi. Kuah tidak tumpah ke Nasi.

Jadikan semua peristiwa BOHONGnya sebagai satu AMARAN bahawa beliau tidak akan berhenti berbohong untuk terus kekal sebagai pemerintah. Walaupun sudah didedahkan oleh Mahathir tentang perjanjiannya, namun sikap tamak dan haloba terus memaksa dirinya untuk memegang jawatan tanpa ada rasa malu dan segan.

WASPADA, Lanjutan tugas dan perkhidmatan RASHIT SPR dan MUSA HASSAN ada kaitan dengan PRU 12 ini. Oleh itu, pasang talipinggang keledar kerana anda akan menyaksikan sejarah Pilihanraya yang paling TERUK dan DAHSYAT sekali. Lakukan persiapan yang sewajarnya. Pasang mata dan telinga di dalam menegakkan kebenaran. Sedikit leka akan membawa diri anda kepada risiko sebagai rakyat Negara Malaysia. Masa depan negara dan jenerasi di tangan anda.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive