KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 14, 2008

Presiden PAS akan serah 'warkah bantahan' kepada Istana Negara

Intan Abdullah
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Feb(Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menghantar "Warkah Bantahan" kepada Yang Dipertuan Agong untuk mengadu beberapa isu kepincangan dalam sistem pilihan raya umum yang tidak menepati proses demokrasi sebenar jam 3.00 petang esok, di Istana Negara.

Menurut satu surat yang dihantar kepada Harakahdaily hari ini, Setiausaha Akhbrnya, Roslan Shahir Dato'Mohd Shahir berkata, PAS akan menyertai Pilihan Raya Umum ke 12 ini.

Namun PAS mendapati beberapa prosesnya terus diragui dan pincang sehingga boleh mencacatkan sistem demokrasi yang diamalkan dan dijamin oleh perlembagaan dan undang-undangnya.

"Oleh itu PAS terpaksa menyembah aduan kepada Yang Dipertuan Agong memohon agar Tuanku maklum dan sedia memerintahkan apa sahaja tindakan yang perlu bagi menjamin pilihan raya di negara ini terus berjalan dengan adil dan bersih," demikian menurut kenyataan tersebut.

Tambahnya, tiga masalah besar yang akan disentuh dalam "Warkah Bantahan" itu adalah isu memanipulasi undi pos, proses celup jari yang diragui dan penafian akses kepada media.

Satu sidang media akan diadakan sebaik sahaja warkah tersebut diserahkan./wann.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive