Intan Abdullah
harakahdaily
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) - Gendang perang telah dipalu dan semua pihak sedang memerhatikan siapakah yang akan menari mengikut rentak paluan gendang tersebut?
Sebaik Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi membubarkan parlimen semalam, Umno-BN kelihatan begitu cemas sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengugut petugas pembangkang.
Menurut sumber itu, petugas terbabit diugut seorang polis cawangan khas atau lebih dikenali dengan panggilan SB ketika petugas itu sedang memasang bendera dan poster di suatu kawasan sekitar Kelantan malam semalam.
Kekecohan timbul apabila petugas PAS itu enggan menurut kehendak SB yang memintanya tidak meneruskan kerja-kerja menggantung bendera dan poster itu.
Namun, segala masalah tersebut diselesaikan apabila pihak PAS mendapatkan khidmat nasihat peguam untuk menjawab pertelingkahan yang dicetuskan oleh SB tersebut.
Bahkan pada masa yang sama, jentera Umno-BN telah mengedarkan CD mengenai kes Dato' Seri Anwar Ibrahim yang ditangkap pada tahun 1998 atas kesalahan salah laku seks dan rasuah.
CD tersebut diedar kepada pengundi sasaran mereka di kebanyakan kawasan negeri itu, terutamanya pengundi atas pagar dengan tujuan meracuni pemikiran mereka sebagai strategi saraf awal parti tersebut yang terdesak untuk merampas negeri yang diterajui PAS sejak 18 tahun yang lalu.
"Kita menjangkakan bahan fitnah dan propaganda jahat Umno-BN akan bertambah dengan luar biasa dengan cara yang tidak dapat disangka oleh pengundi,"
Sumber itu turut menyebutkan bahawa mereka akan menjadikan pemimpin-pemimpin kanan kerajaan PAS Kelantan sebagai sasaran utama fitnah menerusi saraf kempen dengan menggunakan media arus perdana yang menjadi jentera kempen Umno-BN. - mr
No2umnO - Kalau jentera BN buat dengki khianat kerana nak menang. Dah dijanjikan habuan masing masing. Tapi yang polis pun ikut dengki tu kerana kalau pembangkang menang, tak der chan dan rasuah lagi kot ...... Kesian.
Feb 14, 2008
Umno edar CD fitnah Anwar, peralat SB ganggu petugas PAS pasang poster
Labels: Belit BN Belit UMNO, Belit Polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment