ALHUSSEYN51
Assalamualaikum...
Saya menerima pertanyaan diatas dari seorang yang menamakan dirinya sebagai XTRACTER. Izinkan saya cuba menjawab dengan mengemukakan persoalan yang sama juga:
Satu soalan yg saya sering tanyakan sejak lama....kenapa PAS ingin menjatuhkan UMNO sedangkan parti2 lain seperti MCA dan MIC adalah parti yg majoritinya bukan Melayu dan Islam (mungkin ada yg beragama Islam tetapi tidak ramai)sepatutnya yg dikalahkan. Saya sering mendengar slogan "kalahkan UMNO" atau "jatuhkan UMNO" tetapi jarang sekali saya dengar "Kalahkan BN". Kenapa mesti jatuhkan orang yang sebangsa dan seagama (barangkali dlm PAS ada ahli yg bukan Melayu saya tidak pasti, sekiranya ada maafkan saya).------------------ xxx ------------------
Kenapa Umno ingin menjatuhkan PAS ? Umno beriya-iya sangat nak rebut Kelantan yang diperintah oleh PAS -- tak ada pun DAP, MCA , MIC disana kan?
Istilah "kalahkan UMNO" atau "jatuhkan UMNO" jarang digunakan oleh orang-orang PAS; tetapi "Hancur Umno" adalah. Saya teringatkan kepada arwah 'Pak Din Hancor' yang selalu berjualan diMasjid Ar-Rahman UM dulu dan arwah Pak Haji Jamal yang lebih dikenali sebagai 'Haji PAS' disekitar bandar Ipoh dulu.Kedua-dua mereka ini berasal dari Parit dan ungkapan mereka "Hancur Umno" sangat dirindui kerana ada ummphnya!
PAS terpaksa berhadapan dengan Umno kerana masing-masing bertanding dikawasan majoriti Melayu. Mengalahkan Umno bermakna mengalahkan BN kerana Umno adalah back bone .BN mempunyai 198 kerusi Parlimen. 110 adalah Umno.
Umno walaupun tanpa parti komponen lain , dia mampu memerintah.Sebab itu Ali Rustam MB Melaka beranai cabar parti komponen supaya berambus dari BN!
MIC dan MCA adalah parti yg opportunis - begitulah komponen yang lain; keadaan ini memaksa mereka patuh kepada apa sahaja kehendak Umno asalkan mereka mendapat sedikit habuan 'ehsan' dari Umno.
Contoh kes HINDRAF - etnik India protes kerana MIC gagal memperjuangkan nasib mereka. MIC bukann boleh buat apa kalau Umno tidak luluskan betul tak? Apabila keadaan MIC terancam , Umno terpaksa selamatkan MIC , maka luluslah beberapa tuntutan etnik India baru-baru ini --- cuti Thaipusam diberikan , pemulihan dan bantuan SRJKT dapat dan entah apa macam lagi hingga soal pendaftaran tiada surat beranak entah berapa puluh ribu yang dituntut....
Umno tidak mahu melaksanakan Islam.Kalau Umno mahu laksanakan Islam , PAS akan dibubarkan dan akan bersama dengan Umno untuk menjayakannya.
PAS tidak terhad kepada Melayu; asalkan seseorang itu berugama Islam pasti boleh menjadi ahlinya.
Untuk makluman XTRACTER, bukan semua ahli Umno tu Islam dan Melayu.Semak fakta keahlian Umno di Sabah , Sarawak dan juga Perlis.Jeane isteri PM Abdullah tu orang bangsa Serani tetapi boleh diterima menjadi ahli Umno walaupun bukan keturunan Melayu.
Umno pada realitinya bukan sebuah Parti Melayu Dan juga bukan sebuah Parti Islam :
Dari 104 cawangan UMNO yang ada dalam bahagian itu cuma 6 cawangan yang diketuai oleh orang Islam. kalu nak baca selanjutnya sila klik di sini
Orang Umno lah yang tolong bantu memenangkan MIC dan MCA dimana-mana. hinggakan Samy Veluu kata dulu " Dara saya Umno, jiwa saya Umno..."
Setakad itu dulu yang dapat saya katakan .Mudah-mudahan penjelasan saya diatas boleh diterima ??
0 comments:
Post a Comment