SPR tiada niat susahkan calon (Poooorraaahhh!!!)
Berita Hairan
MELAKA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berniat menyusahkan calon apabila mengenakan duti setem sebanyak RM10 untuk urusan memproses nama calon yang bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara pada hari penamaan calon, mulai jam 9 hingga 10 pagi ini.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata peraturan berkenaan yang dikeluarkan Khamis lalu adalah sebagai mematuhi Akuan Berkanun, Borang 5 (bagi Parlimen) dan 5A (bagi Dewan Undangan Negeri).
Beliau berkata, arahan terbaru menetapkan duti setem itu menggunakan setem hasil dan borang perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.
"Arahan ini sebenarnya perkara lama cuma Jabatan Peguam Negara selama ini tersalah pandang, maka kami di SPR mendapat arahan supaya ia dilaksanakan pada pilihan raya umum kali ini. Ia bukan peraturan baru seperti yang didakwa pihak tertentu,” katanya selepas perasmian Pameran 50 Tahun Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, di Muzium Dunia Melayu Dunia Islam, Jalan Kota, di sini, semalam.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Ismail Salleh; Pengarah Pilihan raya negeri, Dzulkifli Abd Rahman dan Ketua Polis Melaka, Datuk Mortadza Nazarene.
Abdul Rashid berkata, pihaknya sudah meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) beroperasi pada hari ini bagi memudahkan proses penamaan calon.
“Saya tidak mahu ada pihak yang sentiasa menuduh SPR sebagai sebuah agensi yang menyusahkan proses demokrasi ini. Saya harap tiada lagi pihak yang cuba mempolitikkan isu ini,” katanya.
Di KUALA LUMPUR, Pas membantah langkah SPR memperkenalkan peraturan baru pada saat akhir dengan mewajibkan semua calon mengemukakan Akuan Berkanun (Borang 5 atau 5A) dengan duti setem pada hari penamaan calon.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa apa yang dilaksanakan itu jelas menunjukkan SPR ingin memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang pada pilihan raya umum kali ini.
“Perkara ini jelas menunjukkan SPR terbabit sama dalam menjalankan penipuan dalam pilihan raya ini,” katanya.
Abdul Hadi berkata, arahan yang dikeluarkan pada saat akhir ternyata menyukarkan calon yang bakal bertanding dan sebagai badan yang ditubuhkan kerajaan setiap peraturan baru sepatutnya diumumkan sejurus Parlimen dibubarkan dan bukan pada saat akhir penamaan calon.
Bagaimanapun, katanya, Barisan Alternatif (BA) akan mengambil sikap untuk tidak memulaukan pilihan raya, sebaliknya menentang secara habis-habisan.
“Kami memberi amaran kepada SPR sekiranya terdapat bukti kezaliman disebabkan masalah teknikal yang dibuat suruhanjaya itu, kami akan tentang sehingga pilihan raya tamat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustapha Ali, berkata arahan yang dikeluarkan SPR itu menyukarkan calon yang bakal bertanding.
Beliau berkata, peraturan baru ini tidak adil kerana SPR patut mengumumkannya sejurus Parlimen dibubarkan dan bukannya pada saat akhir.
Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, peraturan baru itu akan memberikan kesukaran kepada pembangkang terutama bagi negeri yang cuti umum jatuh pada hari Jumaat.
“Kalau ada kes pencalonan ditolak disebabkan masalah teknikal ini, kami akan ‘mengamuk’ dan menentang,” katanya sambil menyifatkan pilihan raya umum kali ini sebagai yang paling kotor di Malaysia.
No2umnO - Rashit SPR akan menjadikan Pilihanraya ke 12 ini sebagai pilihanraya paling menjijikkan. Selepas ini beliau tidak lagi berada di SPR, tugas akhir ini akan dijalankan sebaik mungkin. Beliau akan menanggung sebarang kritikan dan kutukan daripada pembangkang dan selepas ini semuanya selesai selepas beliau letak jawatan. Waspada....!!!! Aku dilahirkan untuk tidak percaya kepada makhluk seperti Rashid dan sekelian spesis yang serupa dengannya.
Feb 24, 2008
ALASAN SPR ISU BORANG PENCALUNAN
Labels: Belit SPR Belit BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment