Isu Duti Setem : Calon Ganti PKR Di tolak
tranungkite
Tindakan SPR yang bersekongkol dengan UMNO/BN mengenakan syarat di saat-saat akhir telah menjerat mangsanya yang pertama di mana calon ganti Parti Keadilan Rakyat yang menggantikan calon asal, bagi Dewan Undangan Negeri Sementa telah ditolak kerana borang akaun bersumpah 5A tidak lengkap kerana tidak ada duti setem.
Akibatnya, calon BN Datuk Abdul Rahman Palil menang tanpa bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di bawah kawasan Parlimen Kapar.
Sebelum ini kita telah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan SPR tersebut yang sengaja mengenakan syarat ketat di saat-saat akhir untuk menyukarkan parti pembangkang. uti setem hanya dapat dibayar di Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pejaba-pejabat yang menerima bayaran duti setem yang hanya dibuka pada waktu bekerja sedangkan di kebanyakan negeri ia di tutup pada hari Sabtu dan Ahad.
Sementara itu seorang ahli dari Barisan Alternatif melahirkan rasa kekecewaan kepada Jentera Pilihanraya PKR yang tidak menyemak serta mengambil berat terhadap calon-calonnya.
Feb 24, 2008
MANGSA PERTAMA PENIPUAN SPR
Labels: Belit SPR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment