siasahdaily
LIVE TERKINI 12.47 tengahari (refresh untuk mendapat yang terkini)
Tumpat, Setiausaha Agung PAS, Datuk kamarudin Jaffar akan bertembung satu lawan satu dengan calon BN, Ashraf Wajdi Dusuki, sementara di Dun Pasir Pekan, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato'Ahmad Yakob (PAS)n akan ditentang oleh calon BN, Mohd Noor Yaakob.
Sementara, calon BN menang tanpa bertanding di Dun Sementa selepas calon PKR gagal menyelesaikan borang 5Anya. Calon ganti PKR itu ditolak kerana borang pencalonannya tidak lengkap kerana tidak membayar duti setem. Calon asal PKR Suzaimi Salam tidak muncul hingga ke saat pencalonan ditutup.
Kuala Terengganu, Calon PAS Muhamad Sabu akan bertembung tiga penjuru dengan calon BN, Razali Ismail dan calon bebas, seorang nenek 89, Maimun Yusof.
Pengkalan Chepa, Wan Ubaidah diumumkan menang tanpa bertanding di Dun Kijang selepas kertas pencalonan calon BN Mustopha Ahmed ditolak. Yang lain semua satu lawan satu PAS dan BN.
Sabah, BN menang satu Parlimen dan dua Dun tanpa bertanding. Abdul Ghapur Salleh (Kalabakan - parliamen dan Ramlee Marbahan (Bugaya Sabah - Dun).
Marang, semua kerusi di Parlimen ini bertembung satu lawan satu antara calon BN dan PAS. Presiden PAS bertanding di Parlimen Marang (melawan Datuk Dr Ahmad Ramzi) dan Dun Rhu Rendang. Datuk Mustafa di DUN Alor Limbat.
Kepala Batas, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah berdepan satu lawan satu dengan calon PAS, Subri Arshad.
Titiwangsa, calon PAS, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali disahkan bertanding satu lawan satu dengan calon BN.
Cempaka, PAS membuat bantahan terhadap calon BN Dun Cempaka kerana tidak menandatangani borang pencalonan. Calon PAS di sini adalah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, MB Kelantan.
Sementa, Calon BN Abdul Rahman Palil menang selepas tiada calon pembangkang yang datang ke pusat penamaan calon. Kerusi ini sepatutnya ditandingi oleh PKR.
Sarawak, empat calon BN menang tanpa bertanding apabila tidak ada calon. Mereka adalah Joseph Entulu (Selangau), Alex Tinggi (Kapit), Norah Rahman (Tanjung Manis) dan Aaron Dagang (Kanowit).
ELOK LA...
5 hours ago
0 comments:
Post a Comment